Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 400 Wanita PRS sertai program pemerkasaan, perkukuh kepimpinan dan kesedaran
  • Selatan
  • WILAYAH

400 Wanita PRS sertai program pemerkasaan, perkukuh kepimpinan dan kesedaran

Utusan Sarawak 12 hours ago
DATO Sri Doris Sophia Brodie menghadiri Sesi Randau Memperkasakan Wanita: Pendidikan, Kesedaran dan Kesinambungan Siri 1 (2026) dekat sini semalam. Foto: Pusat Khiddmat Ahli Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Biro Pendidikan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) Pusat menganjurkan Sesi Randau Memperkasakan Wanita: Pendidikan, Kesedaran dan Kesinambungan Siri 1 (2026) yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka dekat Bandar Simanggang, semalam.

Program tersebut berjaya menarik penyertaan seramai 400 peserta yang terdiri daripada wakil 20 Biro Wanita PRS dari seluruh Sarawak, sekali gus memperlihatkan komitmen tinggi golongan wanita dalam memperkukuh peranan mereka melalui pendidikan dan peningkatan kesedaran diri.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie dalam ucapan penutupnya menegaskan bahawa pendidikan merupakan asas penting dalam membentuk kejayaan individu serta pembangunan masyarakat secara menyeluruh.

DATO Sri Doris Sophia Brodie menghadiri Sesi Randau Memperkasakan Wanita: Pendidikan, Kesedaran dan Kesinambungan Siri 1 (2026) dekat sini semalam. Foto: Pusat Khiddmat Ahli Parlimen Sri Aman

Menurut beliau, kesedaran dalam kalangan wanita juga memainkan peranan besar dalam membuka ruang untuk mereka memahami hak, merebut peluang serta membina keyakinan diri dalam pelbagai bidang.

“Wanita yang dilengkapi dengan pendidikan, kesedaran serta semangat dan komitmen yang tinggi mampu menjadi individu kompetitif dan menyumbang secara signifikan kepada pembangunan negeri,” katanya.

Turut berkongsi ilmu dan pengalaman dalam program tersebut ialah Rita Insol yang juga Naib Presiden PRS merangkap Ahli Dewan Negara, serta Rosaline Neging yang merupakan Timbalan Ketua Wanita PRS dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak.

DATO Sri Doris Sophia Brodie menghadiri Sesi Randau Memperkasakan Wanita: Pendidikan, Kesedaran dan Kesinambungan Siri 1 (2026) dekat sini semalam. Foto: Pusat Khiddmat Ahli Parlimen Sri Aman

Program berkenaan dilihat sebagai platform penting dalam memperkukuh jaringan, menambah pengetahuan serta menyemai semangat kepimpinan dalam kalangan wanita.

Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi kerajaan Sarawak untuk melahirkan masyarakat inklusif dan progresif, khususnya dalam memperkasa peranan wanita sebagai pemangkin pembangunan negeri.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Taklimat khas bincang tiga projek tertangguh di Bekenu – Rosey Yunus
Next: RM800,000 peruntukan RTP tangani banjir dan hakisan dua lokasi di DUN Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.