Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 400 penduduk terima sumbangan bakul makanan daripada Ji Yuan Shan She Saratok
  • Tengah
  • WILAYAH

400 penduduk terima sumbangan bakul makanan daripada Ji Yuan Shan She Saratok

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEBANYAK 400 penduduk dari pelbagai kaum menerima bakul makanan menerusi program kebajikan di Saratok. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Seramai 400 penduduk menerima sumbangan bakul makanan daripada Pertubuhan Amal dan Pendidikan Akhlak Ji Yuan Shan She Saratok menerusi satu program kebajikan yang berlangsung di Dewan Terbuka Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Min Syn Saratok, pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tokoh korporat serta orang awam amat dialu-alukan bagi membantu masyarakat, khususnya golongan memerlukan di daerah Saratok.

Menurut beliau, gandingan erat antara semua pihak berkepentingan mampu memastikan bantuan kebajikan disalurkan secara lebih tersusun, berkesan dan sampai kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan.

Beliau turut memuji peranan aktif Pertubuhan Amal Ji Yuan Shan She Saratok yang konsisten menganjurkan program kebajikan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, sekali gus memperlihatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

Katanya, pertubuhan itu bukan sahaja membantu masyarakat Cina, malah turut menghulurkan pelbagai bentuk sumbangan kepada kaum lain, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat secara inklusif.

MOHAMAD Duri dan Friday Belik menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 400 penerima daripada Pertubuhan Amal dan Pendidikan Akhlak Ji Yuan Shan She Saratok, pagi tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

“Justeru, saya menyeru semua pihak menjadikan Pertubuhan Amal Ji Yuan Shan She Saratok sebagai contoh dan rakan strategik dalam membantu kerajaan meringankan beban golongan sasar,” katanya, sambil menegaskan kerajaan sentiasa menyokong inisiatif kebajikan sedemikian.

Mohamad Duri bersama ADUN Krian, Friday Belik turut hadir menyantuni para penerima sumbangan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, sekali gus menyampaikan bakul makanan kepada penerima.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Amal dan Pendidikan Akhlak Ji Yuan Shan She Saratok, Pemanca Lim Guan Ann memaklumkan program tahunan itu bertujuan meringankan beban masyarakat sempena sambutan Hari Natal, selain membantu golongan orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, 400 penerima terdiri daripada kaum Cina, Iban dan Melayu menerima bakul makanan mengandungi keperluan asas seperti beras, mi, roti dan barangan lain, dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Kalaka dan Pusat Khidmat ADUN Krian.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 800 anjing terima perlindungan rabies melalui program komuniti
Next: 146 kanak-kanak sertai Sunathon 2025 di Hospital Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.