Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 40 warga JPJ Sarikei sertai latihan kebakaran dan demonstrasi pemadam api
  • Tengah
  • WILAYAH

40 warga JPJ Sarikei sertai latihan kebakaran dan demonstrasi pemadam api

Utusan Sarawak 6 days ago
ALAT PEMADAM API…..Latihan penggunaan alat pemadam api dengan cara betul dilaksanakan di Kompleks JPJ Sarikei. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Seramai 40 peserta terdiri daripada 30 kakitangan dan 10 pekerja am Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sarikei telah menyertai ceramah latihan kebakaran serta demonstrasi penggunaan alat pemadam api yang diadakan di Kompleks JPJ di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata program yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 11.30 pagi tersebut dikendalikan oleh sepasukan bomba. 

“Latihan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada warga kerja JPJ tentang aspek keselamatan kebakaran di tempat kerja.

ALAT PEMADAM API…..Latihan penggunaan alat pemadam api dengan cara betul dilaksanakan di Kompleks JPJ Sarikei. Foto BBP Sarikei 

“Objektif utama program ini adalah untuk memastikan peserta memahami langkah pencegahan, mengetahui cara menyelamatkan diri serta mampu menggunakan alat pemadam api dengan betul sekiranya berlaku kecemasan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Arrahman menegaskan bahawa kesedaran awal dan tindakan pantas adalah faktor penting dalam mengurangkan risiko kebakaran serta meminimumkan kerugian nyawa dan harta benda.

Katanya, sepanjang program, peserta mengikuti sesi ceramah keselamatan kebakaran yang disusuli dengan demonstrasi memadam api.

“Program ini memberi peluang kepada peserta untuk melihat sendiri teknik asas kawalan kebakaran serta mempraktikkan ilmu yang diperoleh.

“Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang program dijalankan,” ujarnya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Missing 75-year-old woman reported in Kuching
Next: 479 sertai pertandingan mewarna sempena Hari Kebangsaan di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.