Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 40 peratus hasil Sabah bukan lagi isu, akan dilaksanakan – PM Anwar  
  • SEMASA

40 peratus hasil Sabah bukan lagi isu, akan dilaksanakan – PM Anwar  

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkempen di Grand Finale DUN Api-Api Bersama PMX di Likas malam ini. Foto Bernama

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemulangan 40 peratus hasil Sabah bukan lagi menjadi isu kerana ia akan dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI.

Malah, Anwar berkata perkara itu juga telah dijelaskan beliau di Parlimen selaku seorang Perdana Menteri yang mahu membela nasib rakyat Sabah.

“Kenapa persoal tentang 40 peratus? Sekarang ini, kerajaan ini menerusi Kabinet sudah bincang. Saya semak Kabinet, semua setuju 40 peratus? Setuju. Nak rayu (di mahkamah)? Tidak. 40 peratus selesai? Ya sudah selesai.

“Boleh ke begitu? Saya cakap di Parlimen selaku Perdana Menteri. Selesai. 40 peratus bukan lagi isu. Ia akan dilaksanakan. Kerajaan mana? Kerajaan sekarang. Dulu? Tak ada. Ini yang kita kena buat,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Program Grand Finale Harapan Urang Sabah di tapak parkir Stadium Likas di sini malam ini.

Mengenai keputusan Pakatan Harapan (PH) bertanding di Sabah, Anwar menegaskan parti itu tidak berhasrat untuk merebut jawatan Ketua Menteri, sebaliknya mahu bekerjasama bagi mengukuhkan kerajaan negeri.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata kerajaan negeri yang kukuh dan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan penting kerana kedua-dua pihak perlu saling mendengar dan belajar antara satu sama lain.

“Kalau kerajaan negeri lemah, kena baik dengan kita (kerajaan Persekutuan), kita pun baik dengan dia (kerajaan negeri). Kita dengar dia, dia dengar kita. Kita bukan pandai semua, kita kena belajar. Namun kita bekerjasama sebagai satu pasukan,” katanya.

Beliau berkata kerjasama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri juga penting bagi membawa lebih banyak pembangunan terutama dalam era teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI).

“Ini (Malaysia) antara negara yang maju, tetapi saya tidak mahu (teknologi) digital hanya bagi orang kaya. Nak semua (rakyat). Digital untuk rakyat. AI untuk rakyat. Sebab itu kerjasama Persekutuan dengan negeri perlu baik,” kata beliau.

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkempen dan memperkenalkan antara calon-calon PH bagi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 pada Grand Finale DUN Api-Api Bersama PMX di Likas malam ini. Foto Bernama

Perdana Menteri berkata antara inisiatif dilaksanakan Kerajaan Persekutuan bagi meningkatkan keupayaan digital Sabah ialah pembinaan kabel dasar laut bernilai RM2 bilion yang menghubungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata projek berkenaan akan merapatkan jurang digital antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Namun, kemajuan teknologi digital perlu memanfaatkan rakyat dan bukan sesetengah golongan sahaja,” katanya Anwar.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Keberkesanan skim mySalam perlu dinilai semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.