Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 40 penternak sertai program pemerkasaan akuakultur di Batang Ai
  • Tengah
  • WILAYAH

40 penternak sertai program pemerkasaan akuakultur di Batang Ai

Utusan Sarawak 4 hours ago
PESERTA Program Pemerkasaan dan Pengetahuan Penternak Berkaitan Kerintangan Antimikrobial (AMR) yang diadakan di Batang Ai, Lubuk Antu, kelmarin. Foto Jabatan Perikanan Laut Sarawak

LUBOK ANTU: Seramai 40 penternak akuakultur menyertai sesi taklimat bagi memperkukuh pengetahuan mengenai Amalan Akuakultur Baik (myGAP), biosekuriti dan pengurusan kerintangan antimikrobial (AMR) menerusi Program Pemerkasaan dan Pengetahuan Penternak Berkaitan Kerintangan Antimikrobial (AMR) yang diadakan di Batang Ai, Lubuk Antu, kelmarin.

Menurut kenyataan media Jabatan Perikanan Laut Sarawak, program tersebut diteruskan dengan pelbagai sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh pegawai dari Pusat Biosekuriti, Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Bintawa serta Borneo Eco Fish Sdn. Bhd.

Katanya, sepanjang program itu peserta didedahkan dengan pelbagai topik penting termasuk biosekuriti dan pensijilan myGAP, kerintangan antimikrobial (AMR), Program Pemantauan Pelaporan AMR/AMU Ladang, perkembangan sektor akuakultur serta langkah pencegahan dan pengurusan penyakit ikan.

Menurut kenyataan itu, penganjuran program berkenaan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran penternak mengenai kepentingan mengamalkan myGAP, memperkukuh biosekuriti ladang serta menggalakkan penggunaan antimikrob secara berhemah.

“Usaha ini juga bertujuan memastikan pengeluaran hasil akuakultur yang selamat, berkualiti dan mampan, sekali gus menyokong pembangunan industri akuakultur Sarawak yang lebih berdaya saing,” menurut kenyataan itu hari ini.

Program berkenaan diakhiri dengan penyampaian sijil myGAP dan sijil penyertaan kepada 40 peserta sebagai pengiktirafan terhadap komitmen serta penglibatan mereka sepanjang program berlangsung.

Jabatan Perikanan Laut Sarawak berharap ilmu dan kemahiran yang diperoleh menerusi program itu dapat dimanfaatkan oleh para penternak dalam memperkukuh amalan penternakan yang lebih cekap, mampan dan berdaya saing.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BIKF 2026 bakal warnai langit Bintulu hujung Julai ini
Next: Konvensyen PBB Zon Betong dijangka himpun 2,400 peserta, persiapan diperkemas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.