Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • 40 penghuni hilang tempat tinggal selepas rumah panjang terbakar di Miri
  • KEBAKARAN

40 penghuni hilang tempat tinggal selepas rumah panjang terbakar di Miri

Utusan Sarawak 14 hours ago

MUSNAH… Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah panjang yang didiami lapan keluarga di Rumah Panjang Sain di Batu 17, Bukit Song, Jalan Bintulu-Miri, musnah dalam kebakaran petang semalam. Foto JBPM Sarawak.

MIRI: Seramai 40 penghuni dari lapan keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Rumah Panjang Sain di Batu 17, Bukit Song, Jalan Bintulu-Miri, musnah dalam kebakaran petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar 4.40 petang.

“Sejurus tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan rumah panjang lapan pintu jenis struktur tidak kekal yang telah terbakar keseluruhan,” katanya.

Api berjaya dikawal 5.30 petang sebelum tamat sepenuhnya sekitar jm 12.35 tengah malam. Operasi pemadaman itu turut dibantu sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng.

Kebakaran tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa berikutan semua penghuni berjaya menyelamatkan diri.

Punca kebakaran dan kerugian dialami penghuni masih dalam siasatan pihak forensik bomba.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: 86 mangsa kebakaran ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Sri Krian
Next: Rumah separuh kekal musnah terbakar di Matang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.