Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 40 kerbau ditumbangkan sempena Aidiladha di Limbang
  • Utara
  • WILAYAH

40 kerbau ditumbangkan sempena Aidiladha di Limbang

Utusan Sarawak 2 hours ago
SUMBANGAN KORBAN…Dr Abdul Rahman mengagihkan sumbangan daging korban kepada golongan yang layak.

LIMBANG: Sebanyak 40 ekor kerbau telah ditumbangkan hasil sumbangan wakil rakyat, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan serta jawatankuasa masjid dan surau sempena sambutan Aidiladha di daerah ini pada tahun ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota turut mengorbankan 16 ekor kerbau dikorbankan pada tahun ini.

PENYATUAN UMMAH… Dr Abdul Rahman berharap agar segala ibadah yang dilakukan umat Islam mampu menjadi penyatu ummah.

Malahan Ahli Parlimen dan Pusat Khidmat Batu Danau juga ada menyediakan korban di beberapa kawasan terpilih.

“Seperti biasa setiap tahun, kira-kira 30 hingga 40 ekor kerbau dikorbankan di kawasan Limbang. Kita berharap masyarakat akan terus bersatu padu.

“Kita juga akan mengagihkan sumbangan daging korban kepada golongan asnaf agar mereka dapat menyambut Aidiladha dengan lebih baik pada tahun ini,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Ibadah Korban Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang (LAKIL) di Masjid Jannatul Firdaus, Bahagian Limbang, semalam.

NIKMAT KEBERSAMAAN… Sebahagian penerima sumbangan daging korban di pekarangan masjid Jannatul Firdaus Bahagian Limbang.  

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menyumbang sebanyak tiga ekor kerbau termasuk seekor sumbangan daripada beliau sendiri yang diagihkan kepada 80 penerima asnaf.

Dr Abdul Rahman turut mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada masyarakat Islam di Sarawak serta menggesa agar mereka menghayati makna sebenar ibadah korban di samping memperkukuh ukhuwah sesama umat Islam.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Aidiladha IPD Sibu semarak semangat korban dan perpaduan
Next: Pokok tumbang hempap Rumah Lubok Renit Temudok Krian, 15 penghuni selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.