Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 4 maut dalam insiden tembakan di Montana, AS
  • GLOBAL

4 maut dalam insiden tembakan di Montana, AS

Utusan Sarawak 10 hours ago

LOS ANGELES: Empat orang maut dalam insiden tembakan di sebuah bar pada Jumaat di Anaconda, negeri Montana, Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua yang memetik laporan media tempatan serta pegawai penguat kuasa undang-undang.

Insiden tembakan itu berlaku di The Owl Bar, Anaconda, sebuah bandar terletak di barat daya Montana, lapor NBC Montana.

Suspek dikenal pasti sebagai Michael Paul Brown, menurut hantaran di Facebook oleh Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Anaconda-Deer Lodge County.

Pihak berkuasa turut memuat naik gambar suspek di Facebook dan menasihati orang ramai agar menjauhi kawasan Stumptown dan kawasan sekitarnya.

Peronda Lebuh Raya Montana dalam satu lagi hantaran di Facebook berkata terdapat ‘kehadiran penguat kuasa undang-undang yang besar di barat Anaconda berhampiran Stumptown Road dan Anderson Ranch Loop Road.’– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Gunung Lewotobi Laki-Laki di Indonesia meletus lagi
Next: Mpox: Kenya perketat pengawasan, kes meningkat kepada 314 dengan 5 kematian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.