Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 4 maut, 40 cedera dalam letupan libatkan bas sekolah di Pakistan
  • GLOBAL

4 maut, 40 cedera dalam letupan libatkan bas sekolah di Pakistan

Utusan Sarawak 22 hours ago
SEKURANG-kurangnya empat pelajar maut manakala lebih 40 yang lain cedera apabila sebutir bom meletup berhampiran sebuah bas sekolah di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan pada Rabu. FOTO AFP

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya empat pelajar maut manakala lebih 40 yang lain cedera apabila sebutir bom meletup berhampiran sebuah bas sekolah di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan pada Rabu, menurut polis dan pegawai kerajaan.

Pegawai kanan kerajaan daerah Khudzar, Yasir Iqbal Dashti berkata letupan berlaku ketika sebuah bas sekolah yang membawa kanak-kanak dan kakitangan melalui sebuah kenderaan sarat bahan letupan yang diletakkan di tepi jalan berhampiran kawasan “zero point” di daerah Khuzdar.

Beliau berkata beberapa mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal, sambil menambah bahawa keadaan darurat telah diisytiharkan dan semua kakitangan perubatan di hospital sekitar daerah telah dipanggil bertugas.

Saksi kejadian memberitahu Xinhua bahawa bas itu musnah sepenuhnya akibat letupan kuat berkenaan.

Susulan kejadian, polis mengepung kawasan itu dan melancarkan operasi bagi mengesan suspek.

Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan jenis bahan letupan yang digunakan, menurut polis.

Setakat ini, belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Pempelbagaian kunci perkukuh ekonomi negara Islam: Pengerusi Kumpulan IsDB
Next: Bank Pusat Indonesia turunkan Kadar faedah penanda aras

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.