
KATHMANDU: Empat maut manakala 23 yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di pinggir bandar Kathmandu pada petang Rabu, kata seorang pegawai polis, lapor Xinhua.
Bas yang membawa kira-kira 40 penumpang itu terjunam ke dalam cerun sedalam kira-kira 100 meter dari lebuh raya.
Jurucakap polis daerah, Pawan Bhattarai, berkata beberapa mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan serius.
Menurut Bhattarai, polis sedang menyiasat punca kemalangan itu.- Bernama-Xinhua