Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 4 lelaki terkandas akibat arus deras di Kerangan Buloh diselamatkan rakan sendiri
  • Tengah
  • WILAYAH

4 lelaki terkandas akibat arus deras di Kerangan Buloh diselamatkan rakan sendiri

Utusan Sarawak 1 day ago
SELAMAT….Pasukan bomba menemui mangsa yang telah berjaya diselamatkan. Foto BBP Bintangor 

JULAU: Empat lelaki yang turun ke sungai Kerangan Buloh untuk berkhemah dan memancing berdepan detik cemas apabila perahu yang mereka naiki hanyut dibawa arus deras, menyebabkan mereka terkandas semalaman sebelum berjaya diselamatkan oleh rakan sendiri, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata kejadian berlaku semalam apabila keempat-empat sahabat itu mendapati perahu mereka tidak lagi berada di lokasi akibat arus sungai yang kuat.

“Mangsa berusaha menghubungi rakan untuk bantuan namun tiada litupan telefon pada masa itu. 

“Mangsa turut menghubungi talian 999 untuk bantuan.   

“Hari ini lebih kurang 6.00 pagi, mangsa dan tiga rakannya berjaya diselamatkan oleh rakan mereka,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika dihubungi media, hari ini. 

Tambahnya, perahu yang digunakan mangsa ditemui di Batu Matop. 

“Semasa dijumpai, kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Tiada operasi pencarian dilakukan oleh pihak kami (bomba) kerana kesemua mangsa telah diselamatkan oleh rakan mereka sendiri,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerjasama rakyat dan kerajaan stabil kunci pembangunan mampan di Krian
Next: RM2.1 juta disalurkan kepada 1,769 peserta DUN Kemena di bawah RMK-12

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.