Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 4 jam pujuk bekas banduan mengamuk di Miri
  • JENAYAH

4 jam pujuk bekas banduan mengamuk di Miri

Utusan Sarawak 7 hours ago

AMUK…Polis berjaya menahan suspek yang mengamuk sambil memegang sebilah pisau pemotong sayur dalam kejadian amuk di di Taman Bumiko di Miri, kelmarin. Foto PDRM Miri.

MIRI: Polis terpaksa mengambil masa hampir empat jam untuk memujuk seorang bekas banduan agar menyerahkan sebilah pisau pemotong sayur yang dipegangnya dalam satu insiden amuk di rumah isterinya di Taman Bumiko, di sini, kelmarin.

Sebelum itu, lelaki itu baharu sahaja dibebaskan dari penjara bertindak menceroboh masuk ke rumah isterinya dan mengamuk.

Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah menerusi satu kenyataan semalam berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang mengatakan seorang lelaki sedang mengamuk pada 2.10 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang lelaki sedang mengamuk sambil memegang sebilah pisau pemotong sayur di atas bumbung rumah mangsa.

“Hasil rundingan selama lebih kurang empat jam iaitu sekitar 7.40 pagi, polis berjaya memujuk suspek supaya meletakkan dan menyerahkan senjata tajam yang dipegangnya.

“Suspek yang merupakan suami kepada mangsa kemudian berjaya ditangkap untuk membantu siasatan,” katanya.

Mohd Farhan berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah, Seksyen 448 pencerobohan jenayah dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Selain itu, katanya suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 setelah ujian air kencingnya menunjukkan kesan positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

“Hasil semakan juga mendapati suspek yang baharu sahaja dibebaskan dari penjara mempunyai empat rekod jenayah lampau,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut agar menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohammad Nashriq Noring di talian 010-9307392 atau menghubungi balai polis berdekatan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Majikan tempatan dalangi pemalsuan e-PLKS, 19 PATI ditahan di Miri
Next: Polis serbu kegiatan sabung ayam, enam ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.