Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 4.4kg ganja ‘terbang’ guna kurier, Kastam Miri patahkan cubaan
  • JENAYAH

4.4kg ganja ‘terbang’ guna kurier, Kastam Miri patahkan cubaan

Utusan Sarawak 6 hours ago
TUNJUK… Datuk Norizan Yahya  (tiga kanan) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas pada sidang media yang diadakan di Miri hari ini

MIRI: Taktik licik sindiket menyeludup dadah dengan menyamar sebagai barangan alat ganti kenderaan terbongkar apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas ganja dan bunga ganja seberat 4.472 kilogram (kg) bernilai RM204,064, bulan lalu.

Pengarah Kastam Negeri, Datuk Norizan Yahya berkata, rampasan itu dilakukan dalam operasi pada 16 Februari lalu hasil risikan Zon Risikan Sarawak dengan bantuan Unit Anjing Pengesan Dadah (APD).

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan ke atas tiga bungkusan di sebuah syarikat kurier di Eastwood Industrial Park, Jalan Miri Bypass di sini.

“Dua bungkusan didapati mengandungi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja seberat 3.444kg.

“Satu lagi bungkusan pula mengandungi tiga paket disyaki bunga ganja dengan berat keseluruhan 1.028kg,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini hari ini.

DIRAMPAS… Bunga ganja antara dadah yang dirampas.

Norizan berkata, jumlah keseluruhan rampasan adalah 4.472kg dengan nilai RM204,064.

Katanya, tiada individu tampil menuntut bungkusan berkenaan dan semua barang kes disita di bawah Seksyen 30(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Modus operandi sindiket adalah mengikrarkan dadah sebagai alat ganti kenderaan dan produk pelabelan sebelum dihantar menggunakan perkhidmatan kurier dari Kuala Lumpur ke Miri dengan maklumat palsu,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai tampil menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan melalui talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat. 

Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan, polis rampas syabu di Balingian
Next: Memandu bawah pengaruh alkohol hingga sebabkan kematian dikategorikan jenayah berat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.