Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 3,950 pegawai perubatan, pergigian, farmasi terima lantikan tetap – KKM
  • NASIONAL

3,950 pegawai perubatan, pergigian, farmasi terima lantikan tetap – KKM

Utusan Sarawak 6 months ago

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,200 pegawai perubatan, 350 pegawai pergigian dan 400 pegawai farmasi yang memohon lantikan kontrak (interim) di Kementerian Kesihatan (KKM) telah dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 21 Okt lepas.

“Semoga dengan pelantikan tetap ini, semua calon akan terus komited dan memberikan perkhidmatan lebih cemerlang demi kesejahteraan masyarakat Malaysia MADANI,” menurut KKM dalam kenyataan hari ini.

KKM memaklumkan sekiranya terdapat calon yang berhasrat untuk membuat rayuan pertukaran penempatan, ia boleh dibuat menerusi Google Form yang disediakan dalam sistem e-Placement dari 5 hingga 11 Nov ini untuk pegawai perubatan manakala dari 5 hingga 15 Nov untuk pegawai pergigian dan pegawai farmasi.

Menurut kenyataan itu, hanya rayuan yang dikemukakan menerusi Google Form dalam tempoh yang ditetapkan sahaja akan dibawa untuk pertimbangan oleh Jawatankuasa Rayuan Penempatan. 

Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada calon menerusi portal Semakan Kerjaya KKM pada 2 Dis ini.

Menurut KKM, antara aspek rayuan yang akan dipertimbangkan ialah calon yang sedang mengikuti pengajian kepakaran yang diluluskan KKM; calon, pasangan atau anak menghidap masalah kesihatan serius (disokong laporan perubatan); dan permohonan suka sama suka yang dikemukakan oleh mana-mana calon.

Urusan penempatan calon ke fasiliti akan dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri mulai 23 Dis ini.

Menurut kenyataan itu, tarikh pelantikan tetap calon adalah mengikut tarikh kuat kuasa melapor diri bertugas iaitu 30 Dis 2024 atau tarikh baharu yang diluluskan oleh ketua jabatan sekiranya memohon penangguhan lapor diri bertugas. — BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sultan Nazrin berkenan kurnia Darjah Kebesaran, Pingat kepada 56 penerima
Next: Terpengaruh gaji RM4,000 sebulan, dua sahabat jadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.