Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 39 peserta berentap dalam pertandingan nyanyian Persatuan Zhang Daerah Meradong
  • Tengah
  • WILAYAH

39 peserta berentap dalam pertandingan nyanyian Persatuan Zhang Daerah Meradong

Utusan Sarawak 6 hours ago
RASMI… Datuk Ding Kuong Hiing bersama Wong Soon Mee serta yang lain merasmikan pertandingan nyanyian Persatuan Zhang Daerah Meradong. Foto Pusat Khidmat Wakil Rakyat Meradong

BINTANGOR: Seramai 39 peserta telah menyertai pertandingan nyanyian anjuran Persatuan Zhang Daerah Meradong yang disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. 

Koung Hiing berkata, beliau berasa amat berbesar hati dijemput menghadiri jemputan menyaksikan pertandingan tersebut serta gembira dapat berkumpul bersama komuniti setempat dalam sebuah pertandingan budaya yang penuh bermakna.

“Saya difahamkan pertandingan kali ini mempunyai tujuh kategori iaitu lelaki warga emas, wanita warga emas, lelaki terbuka, wanita terbuka, lelaki veteran, wanita veteran dan kanak-kanak. 

“Penyertaan kali ini hanya dibuka kepada peserta dari kawasan Daerah Maradong.

“Lebih menggembirakan, tahun ini seramai 39 peserta telah mendaftar dalam pertandingan nyanyian yang menunjukkan semangat dan sokongan mereka yang tinggi terhadap budaya nama keluarga serta memupuk hubungan perpaduan etnik,” katanya ketika berucap pada pertandingan tersebut, di sini, baru-baru ini. 

UCAPAN…. Datuk Ding Kuong Hiing berucap di pertandingan nyanyian Persatuan Zhang Daerah Meradong. Foto Pusat Khidmat Wakil Rakyat Meradong

Katanya, tujuan utama pertandingan tersebut bukan sahaja untuk mempamerkan bakat nyanyian, tetapi melalui lirik dan muzik dapat mengukuhkan ikatan keluarga, memartabatkan budaya keluarga dan mengeratkan hubungan antara generasi. 

“Lagu-lagu yang dipersembahkan bukan sahaja menghibur, malah menyemai semangat persaudaraan dan membolehkan budaya terus bersinar serta diwarisi generasi muda.

“Saya berharap semua peserta dapat menunjukkan yang terbaik dan menampilkan bakat dengan penuh keyakinan di atas pentas. 

“Kemenangan bukan ukuran utama, sebaliknya perjalanan yang dinikmati, persahabatan yang dieratkan dan kehangatan yang dikongsi bersama dalam pertandingan ini lebih bermakna,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau dan Ahli Parlimen Sarikei, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii masing-masing mengumumkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada Kelab Zhang Daerah Meradong sempena pertandingan nyanyian tersebut. 

Turut hadir bagi mewakili Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, Wong Soon Mee. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir landa lima kawasan di Telang Usan, 832 penduduk terjejas
Next: Bumbung laluan pejalan kaki tingkatkan keselamatan murid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.