Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 39 kontinjen meriahkan perarakan Maulidur Rasul di Serian
  • WILAYAH

39 kontinjen meriahkan perarakan Maulidur Rasul di Serian

Utusan Sarawak 1 day ago
MAULIDUR RASUL…..Seramai 1,500 peserta yang terdiri daripada 39 kontinjen menyertai perhimpunan dan perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat Bahagian Serian 1447H/2025M hari ini. Foto UKAS

SERIAN: Seramai 1,500 peserta yang terdiri daripada 39 kontinjen menyertai perhimpunan dan perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat Bahagian Serian 1447H/2025M hari ini.

Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Tokoh Maulidur Rasul peringkat Bahagian Serian 1447H/2025M yang dibahagikan kepada dua kategori.

Kategori Masyarakat Islam dianugerahkan kepada Jamain Dilah dari Kampung Lubok Ria, manakala Kategori Saudara Kita dianugerahkan kepada Kamar Morsidi@Kumek Sudi dari Kampung Darul Islam Belimbing.

MAULIDUR RASUL….. ADUN Bukit Semuja, John Ilus merakamkan gambar bersama peserta yang terdiri daripada 39 kontinjen menyertai perhimpunan dan perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat Bahagian Serian 1447H/2025M hari ini. Foto UKAS

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus turut hadir mengetuai perarakan sejauh dua kilometer (km) bersama masyarakat Islam di Serian.

Berucap dalam majlis berkenaan, beliau menekankan kepentingan semangat saling menghormati dan bekerjasama antara kaum serta agama sebagai asas kemajuan dan kemakmuran negeri.

“Sambutan seperti ini bukan sahaja memperingati tokoh besar dalam sejarah Islam, malah juga menjadi medan untuk memperkukuhkan semangat perpaduan antara kita semua,” katanya.

MAULIDUR RASUL….. ADUN Bukit Semuja, John Ilus merakamkan gambar bersama peserta yang terdiri daripada 39 kontinjen menyertai perhimpunan dan perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat Bahagian Serian 1447H/2025M hari ini. Foto UKAS

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memastikan pembangunan rohani berjalan seiring dengan pembangunan fizikal dan ekonomi.

“Kemajuan sebenar adalah apabila rakyat bukan sahaja cemerlang dalam bidang ilmu sains dan teknologi, tetapi turut teguh dari segi akhlak dan jati diri,” jelasnya.

Selain itu, beliau juga berkesempatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan sepanduk dan perarakan bersempena majlis sambutan tersebut.

MAULIDUR RASUL….. Para pemenang bagi perhimpunan dan perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat Bahagian Serian 1447H/2025M hari ini. Foto UKAS

Bagi Kategori A iaitu Jabatan, Agensi Kerajaan dan Swasta, tempat pertama disandang oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian, naib johan dimiliki oleh Amanah Iktiar Malaysia manakala tempat ketiga menjadi milik Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Serian.

Sementara itu, bagi Kategori B iaitu Sekolah dan Institusi, Madrasah Tahfiz Nurul Hidayah mendapat tempat pertama manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Tebakang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebakang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Beralih ke Kategori C untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pertubuhan, kelab dan persatuan menyaksikan johan disandang Pertubuhan Silat Seni Gayung Sarawak, manakala Persatuan Guru KAFA Bahagian Serian dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Melayu Islam Bahagian Serian masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Kategori D bagi masjid dan surau menyasikan tempat pertama digondol oleh Masjid Darul Makmur Bahagian Serian, naib johan dianugerahkan kepada Masjid Nurul Ehsan, Taman Anggerik Indah Serian dan tempat ketiga menjadi milik Masjid Darul Amaliah, Kampunt Tanah Puteh.

Kesemua pemenang mendapat hadiah wang tunai di mana johan akan mendapat sebanyak RM1200, naib johan sebanyak RM700 dan tempat ketiga sebanyak RM500.

Hadir sama, Timbalan Residen Bahagian Serian Abdul Khalid Manap dan Pegawai Agama Islam Bahagian Serian Ustaz Madihi Jamali.

-UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sarawak peruntuk RM582 juta naik taraf gereja, kuil sejak 2016
Next: 18 rumah dinaiki air dalam banjir kilat di Kampung Sira, Padawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.