Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 39 kanak-kanak sertai program berkhatan
  • Tengah
  • WILAYAH

39 kanak-kanak sertai program berkhatan

Utusan Sarawak 4 months ago
PENUH DEBARAN… Antara peserta menyertai Majlis Berkhatan Perdana Peringkat Daerah Meradong 2025. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Suasana ceria dan penuh semangat jelas terserlah pada majlis Berkhatan Perdana Peringkat Daerah Meradong 2025 di Surau Darul Ehsan, Jalan Bidadari di sini, semalam.

Majlis yang menampilkan 39 peserta kanak-kanak berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, majlis turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab.

SEMBURAN AIR… Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab menyembur air ke arah peserta menggunakan hos bomba. Foto BBP Bintangor

“Majlis bermula pada 8.10 pagi dengan bacaan doa selamat.

“Ia bukan sahaja memenuhi tuntutan agama, tetapi juga simbol kepada perpaduan masyarakat.

“Sokongan semua pihak menjadikan majlis berkhatan ini satu kejayaan yang patut diteruskan di masa hadapan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, para peserta hadir bersama keluarga masing-masing, memberikan suasana yang penuh kasih sayang dan kegembiraan.

“Pelbagai pengisian seperti sesi motivasi turut diadakan untuk menenangkan dan memberi semangat kepada para peserta.

“Majlis ini mencerminkan semangat kerjasama masyarakat Daerah Meradong, sekali gus memperkukuhkan hubungan antara pihak penganjur dan komuniti,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk Tanjung Embang terima baik cadangan bina lapangan terbang, pelabuhan dalam
Next: 40 peserta sertai ceramah kesedaran keselamatan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.