Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 386 pemilik tanah di Sibu terima pampasan RM13 juta
  • WILAYAH

386 pemilik tanah di Sibu terima pampasan RM13 juta

Utusan Sarawak 2 years ago

TERIMA KASIH... Awang Tengah merakam kenangan bersama penerima pampasan di Sibu hari ini.

SIBU: Seramai 386 pemilik tanah terlibat dengan projek pembangunan kerajaan di sini menerima pampasan berjumlah RM13,634,106.42.

Ini kerana tanah mereka terjejas oleh projek Skim Lanjutan Kampung Banyok, cadangan talian penghantaran 132 kV Sungai Maaw/Sungai Merah dan menaiktaraf bekas jalan-jalan balak di Sarawak (Fasa IV) Bahagian Sibu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyempurnakan majlis penyerahan cek pampasan tanah dan surat hak milik tanah itu pada satu majlis di sini hari ini.

Berucap pada majlis itu, Awang Tengah menasihatkan pemilik tanah hak adat bumiputera (NCR) supaya bersama-sama kakitangan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) di lapangan ketika penyukatan tanah mereka dilakukan.

Katanya, ini bagi memastikan penyukatan tanah mereka dapat dilakukan dengan cepat dan mengelak pertindihan tuntutan tanah dalam kalangan mereka.

“Apabila notis penyukatan tanah diberikan, pemilik tanah perlu hadir kerana hanya mereka (pemilik tanah) yang tahu persempadanan tanah mereka,” katanya.

Beliau berkata, usaha penyukatan tanah NCR itu turut mengalami kekangan yang besar, antaranya ialah ketidakhadiran pemilik tanah di lapangan ketika penyukatan dilakukan.

“Ini menyebabkan kerja-kerja penyukatan tidak dapat dilakukan dan terbantut serta memberikan kesan terhadap pemilik tanah sendiri,” katanya.

Turut hadir Pemangku Penguasa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sibu, Awan Amar serta yang lain.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: SKMM diminta baiki khidmat internet, telekomunikasi
Next: Saberkas Batu Danau santuni warga emas serba kekurangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.