Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 38 terbunuh dalam nahas pesawat Azerbaijan
  • GLOBAL

38 terbunuh dalam nahas pesawat Azerbaijan

Utusan Sarawak 5 months ago

ASTANA: Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh selepas sebuah jet penumpang Azerbaijan Airlines terhempas di barat Kazakhstan, semalam.

Pesawat Embraer 190 itu dilaporkan membawa 67 penumpang dari Baku menuju ke Grozny, Selatan Russia.

Pesawat itu bagaimanapun dikatakan terbang merentasi Laut Caspian dan terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan, yang merupakan hab minyak dan gas di pantai timur laut.

Agensi berita Interfax Russia, memetik Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan, Kanat Bozumbayev sebagai berkata, keadaan tidak begitu baik dengan 38 maut.

Kementerian Kecemasan Kazakhstan melaporkan 29 mangsa yang terselamat termasuk tiga kanak-kanak sudah dimasukkan ke hospital.

Katanya, seramai 150 pekerja kecemasan berada di tempat kejadian.

Kerajaan Kazakhstan berkata ia sudah membuka kertas siasatan namun punca nahas tidak dapat dipastikan dengan segera.

Azerbaijan Airlines melaporkan bahawa 67 orang berada di dalam pesawat membawa 62 penumpang dan lima anak kapal.

Terdahulu, ia memaklumkan pesawat itu bertembung dengan sekumpulan burung ketika dalam penerbangan, namun kemudian menarik balik kenyataan itu.

Kementerian Pengangkutan Kazakhstan berkata, pesawat itu membawa 37 rakyat Azerbaijan, enam dari Kazakhstan, tiga dari Kyrgyzstan dan 16 dari Russia.

Azerbaijan Airlines berkata, pesawat itu melakukan pendaratan cemas sekitar tiga kilometer (km) dari Aktau.

Pejabat Pendakwa Raya Azerbaijan berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan sebarang hasil siasatan buat masa ini.

Katanya, pasukan penyiasat yang diketuai oleh timbalan pendakwa raya negara sudah dihantar ke Kazakhstan dan sedang bekerja di lokasi nahas.

Pendakwa Raya Kazakhstan yang bertanggungjawab bagi kes pengangkutan, Timur Suleymanov berkata, perakam data penerbangan pesawat itu ditemui.

Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev mengisytiharkan hari ini, sebagai hari perkabungan negara dan membatalkan lawatan yang dirancang ke Russia untuk menghadiri sidang kemuncak tidak rasmi pemimpin Komanwel Negara Merdeka (CIS).

Sementara itu, seorang wanita Kazakhstan memberitahu radio tempatan bahawa dia berada berhampiran tempat pesawat terhempas dan bergegas ke lokasi untuk membantu mangsa yang terselamat.

“Mereka berlumuran darah dan menangis sambil meminta bantuan,” kata wanita yang hanya dikenali sebagai Elmira dan turut memberitahu berjaya menyelamatkan beberapa remaja.

Kementerian Kesihatan berkata, penerbangan khas sedang dihantar dari Astana dengan doktor pakar untuk merawat mangsa yang cedera. – AFP

Continue Reading

Previous: Terima kad krismas daripada sahabat pena selama 76 tahun
Next: Pesawat terbang guna laluan lain sebelum terhempas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.