Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 38 saman trafik dikeluarkan dalam Op Pematuhan Lalu Lintas di Saratok
  • Tengah
  • WILAYAH

38 saman trafik dikeluarkan dalam Op Pematuhan Lalu Lintas di Saratok

Utusan Sarawak 3 weeks ago
OP Pematuhan Lalu Lintas yang dijalankan oleh BSPT IPD Saratok di sekitar Daerah Saratok, hari ini. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Sebanyak 38 keping saman atas pelbagai kesalahan trafik telah dikeluarkan dalam Op Pematuhan Lalu Lintas yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, hari ini.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi yang berlangsung dari  9.00 pagi hingga 11.30 pagi itu dilaksanakan di tiga lokasi utama iaitu Jalan Roban Lama, Jalan Roban/Kabong dan Lebuh Raya Pan Borneo bagi memastikan tahap pematuhan pengguna jalan raya terhadap undang-undang trafik berada pada tahap memuaskan.

Menurut beliau, sepanjang tempoh operasi selama dua jam setengah itu, seramai 58 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa dan hasilnya sebanyak 38 saman telah dikeluarkan menggunakan PDRM (K) 257.

Katanya, kesalahan utama yang direkodkan ialah tiada lesen memandu dengan 15 kes, melibatkan sembilan penunggang motosikal dan enam pemandu kereta.

Selain itu, kesalahan nombor plat kenderaan mencatatkan lapan kes, ubah suai ekzos lima kes serta lampu brek tidak berfungsi sebanyak lapan kes yang melibatkan kereta dan kenderaan pacuan empat roda.

DSP Mathew menjelaskan bahawa objektif utama operasi tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya serta mengurangkan kadar kemalangan, khususnya yang melibatkan penunggang motosikal yang dikenal pasti sebagai golongan berisiko tinggi.

“Secara keseluruhannya, operasi ini mencapai objektif penguatkuasaan dan pencegahan yang ditetapkan.

“Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan diri sendiri dan pengguna lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi yang melibatkan kekuatan lima anggota BSPT itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini, selain dibantu oleh keadaan cuaca yang baik sepanjang pelaksanaannya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Sumbangan bakul makanan Tahun Baharu Cina 2026 bukti komitmen berterusan Bintulu Port terhadap komuniti
Next: Projek Bangunan Tambahan Hospital Miri terima penarafan 4 bintang MyCREST

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.