Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kemaskini: 38 penghuni tinggal sehelai sepinggang
  • KEBAKARAN

Kemaskini: 38 penghuni tinggal sehelai sepinggang

Utusan Sarawak 10 hours ago

SIBU: Seramai 38 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas sebuah rumah panjang sembilan pintu di Rumah Gamang, Jalan Penasu di sini musnah dalam kebakaran, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.56 petang, sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dengan bantuan BBP Sibu Sentral ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah panjang sembilan pintu berstruktur tidak kekal, yang telah musnah sepenuhnya.

“Kebakaran dipercayai bermula dari Pintu 1 dan merebak pantas ke seluruh struktur bangunan yang dianggarkan berkeluasan 180 x 150 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, semua penghuni berjaya menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan.

Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki, empat pancutan nozel, bantuan pam jentera serta sumber air dari pili bomba berhampiran.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah panjang sembilan pintu terbakar, hampir musnah sepenuhnya
Next: Tiga blok rumah pekerja musnah dalam kebakaran, tiada mangsa dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.