Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 38 pegawai dan kakitangan MYSED Sibu jalani saringan ujian air kencing
  • Tengah
  • WILAYAH

38 pegawai dan kakitangan MYSED Sibu jalani saringan ujian air kencing

Utusan Sarawak 1 hour ago
PEGAWAI dan kakitangan awam sedang mendengar taklimat daripada pegawai AADK sebelum menjalani saringan awal ujian air kencing. Foto AADK Daerah Sibu

SIBU: Seramai 38 pegawai dan kakitangan Pejabat Bahagian Kementerian Belia dan Sukan (MYSED) Sibu telah menjalani saringan awal ujian air kencing menerusi program yang dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu, baru-baru ini.

Program saringan itu bertujuan memastikan semua warga kerja MYSED Sibu bebas daripada pengaruh najis dadah, sekali gus memperkukuhkan tahap integriti dan disiplin dalam kalangan penjawat awam di jabatan tersebut.

Selain meningkatkan pematuhan kepada budaya kerja sihat, inisiatif berkenaan turut memberi kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah yang bukan sahaja menjejaskan prestasi di tempat kerja, malah mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan.

MYSED Sibu yakin pelaksanaan program ini mampu memberi manfaat jangka panjang serta membantu mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan bebas daripada gejala penyalahgunaan bahan terlarang.

Pihak jabatan itu turut merakamkan penghargaan atas kerjasama erat dan sokongan berterusan AADK dalam memastikan kejayaan program berkenaan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek tambah baik sistem agih elektrik Kampung Paloh, Batang maro akan direalisasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.