

TAHAN… Sebahagian daripada 38 PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh JIM Sarawak (Miri) dengan kerjasama JTK di sini semalam. Foto kredit : JIM Sarawak
MIRI: Seramai 38 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak Miri dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) semalam.


TAHAN… Sebahagian daripada 38 PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh JIM Sarawak (Miri) dengan kerjasama JTK di sini semalam. Foto kredit : JIM Sarawak
Kenyataan makluman JIM Sarawak memaklumkan bahawa operasi tersebut melibatkan beberapa siri tindakan penguatkuasaan iaitu Ops Sapu, Ops Selera, Ops Belanja, Ops Mahir dan Ops Gegar susulan aduan awam yang diterima pihaknya.
“Dalam serbuan yang menyasarkan 18 lokasi sekitar bandar raya Miri, seramai 107 individu telah diperiksa.


TAHAN... Sebahagian daripada 38 PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh JIM Sarawak (Miri) dengan kerjasama JTK di sini semalam. Foto kredit : JIM Sarawak
“Hasilnya, 38 orang terdiri daripada 16 lelaki dan 22 wanita ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan.
Antara kesalahan utama yang dikesan ialah tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan sah, seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) akta berkenaan.


TAHAN… Sebahagian daripada 38 PATI yang ditahan dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh JIM Sarawak (Miri) dengan kerjasama JTK di sini semalam. Foto kredit : JIM Sarawak
Sehubungan itu, pihak JIM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen, termasuk majikan yang menggaji atau melindungi warga asing tanpa dokumen.
“Kerjasama masyarakat amat penting. Orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti menggaji atau melindungi PATI terus kepada JIM untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.