Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 370 pemakluman berita palsu pandemik Covid-19
  • NASIONAL

370 pemakluman berita palsu pandemik Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA KINABALU, 19 Sept -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah meninjau petugas media yang sedang menggunakan kemudahan di City Lounge Riverson Walk Sabah selepas merasmikan Media Lounge Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah meninjau petugas media yang sedang menggunakan kemudahan di City Lounge Riverson Walk Sabah selepas merasmikan Media Lounge Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam. • Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengeluarkan 370 pemakluman berita palsu berkaitan pandemik Covid-19 di seluruh negara setakat ini.

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini termasuk berita palsu melibatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ia dikesan hasil pemantauan Pasukan Respons Pantas (PRP) yang bertanggungjawab memantau berita palsu tersebar di media sosial.

“PRP ini bertugas untuk memantau berita-berita palsu khususnya yang melibatkan agensi kerajaan yang perlu diperbetulkan dan diberi maklumat yang sahih,” katanya kepada pemberita selepas membuka ‘Sabah Election Media Lounge’, di sini semalam.

Ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ini pula, PRP turut memantau berita-berita palsu agar pilihan raya itu dapat berjalan dengan aman dan tenteram, katanya.

Mengenai Sabah Election Media Lounge itu, Saifuddin berkata ia bukan pusat media rasmi, sebaliknya tempat santai untuk wartawan menghantar berita sambil menikmati suasana yang tenang.

“Ini adalah tempat bagi para wartawan untuk relaks dan bekerja pada waktu yang lebih fleksibel,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha KKMM Datuk Suriani Ahmad. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tiga sekeluarga cipta sejarah lakukan terjunan solo
Next: Ujang Mormin, perajurit terakhir masih hidup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.