Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 37 ditahan dalam Operasi Tapis Khas tiga hari di Kuching
  • JENAYAH

37 ditahan dalam Operasi Tapis Khas tiga hari di Kuching

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA polis menahan beberapa individu dalam operasi di sekitar Kuching.

KUCHING: Polis menahan seramai 37 individu atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Operasi Tapis Khas yang dijalankan di bandar raya ini dari 25 Januari hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata sepanjang operasi selama tiga hari itu, dua individu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seorang lagi ditahan di bawah Seksyen 39A(1) akta yang sama.

Menurutnya, tujuh individu ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, seorang di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, manakala 26 individu lagi ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Alexson berkata polis turut merampas pelbagai jenis dadah sepanjang operasi berkenaan, termasuk 65.85 gram methamphetamine dan 63 liter air ketum, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM7,873.

Beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

“Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti berkaitan dadah merupakan kesalahan serius di bawah undang-undang,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah diminta menghubungi talian hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di 012-208 7222 atau talian hotline JSJN Kontinjen Polis Sarawak di 017-592 9211.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Operasi Imigresen Kuching tahan 42 warga asing tanpa dokumen sah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.