Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 369 pelajar SK Nanga Pakan sertai ceramah keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

369 pelajar SK Nanga Pakan sertai ceramah keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 16 hours ago

PENGISIAN AKTIVITI… Antara pengisian aktiviti dijalankan sepanjang program ceramah keselamatan kebakaran di SK Nanga Pakan, semalam. Foto BBP Bintangor 

PAKAN: Seramai 369 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Pakan telah menyertai program ceramah keselamatan kebakaran pada semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program bermula pada 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. 

“Para peserta yang menyertai program ini adalah 243 murid, 35 guru, 16 staf SK Nanga Pakan dan 75 orang ibu bapa. 

“Tiga orang anggota bomba bertugas mengendalikan program ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, antara pengisian aktiviti adalah latihan pengungsian bangunan dan ceramah keselamatan kebakaran. 

“Turut diadakan adalah demonstrasi alat pemadam api. Peserta berpeluang belajar mengendalikan alat pemadam api dengan tatacara yang betul. 

“Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang program dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 15 NGO Sarikei terima peruntukan MRP untuk aktiviti tahunan
Next: BBP Batu Niah anjur program keselamatan kebakaran di SK Tegageng

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.