Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 360 lampu solar bakal terangi kampung, rumah panjang
  • Tengah
  • WILAYAH

360 lampu solar bakal terangi kampung, rumah panjang

Utusan Sarawak 3 days ago
GAPOR Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka bersama agensi pelaksana telah mengadakan lawatan tapak cadangan bagi projek pemasangan lampu solar, dekat sini semalam. -Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Sebanyak 360 unit lampu solar akan dipasang di kawasan kampung dan rumah panjang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka bagi meningkatkan kemudahan pencahayaan dan keselamatan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata pemasangan lampu solar di 14 buah kampung di Pekan Saratok dan beberapa rumah panjang di kawasan Nyiar dan Jelupang serta Empayak Roban itu melibatkan kos sebanyak RM1.8 juta.

“Kesemua pemasangan 360 lampu solar yang telah diluluskan melalui Agensi Pembangunan Baahgian Betong (BDDA) itu akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang dicadangkan oleh semua ketua kampung dan tuai rumah masing-masing.

“Saya berharap pelaksanaan projek pemasangan solar ini nanti akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Gapor Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka bersama agensi pelaksana telah mengadakan lawatan tapak cadangan bagi projek pemasangan lampu solar, semalam.

Lawatan tapak tersebut dimulakan dengan sesi taklimat oleh Suriati David Thomas mewakili Majlis Daerah Saratok (MDS) selaku agensi pelaksana projek bertempat di Dewan Masyarakat Sri Krian Saratok yang telah disertai oleh semua Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Pekan Saratok.

Mohamad Duri menambah, impak besar daripada pelaksanaan projek ini nanti akan meningkatkan tahap keselamatan di kawasan kampung dan rumah panjang tersebut khususnya pada waktu malam.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gen-16 Samarahan agih air minuman, ringankan beban penduduk
Next: Clara Amanda dinobat Kumang Gawai Dayak Miri 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.