Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 36 murid Tabika KEMAS sertai lawatan sambil belajar di Borneo Empurau Farm
  • Selatan
  • WILAYAH

36 murid Tabika KEMAS sertai lawatan sambil belajar di Borneo Empurau Farm

Utusan Sarawak 17 hours ago
UNTUK ALBUM…Peserta merakam kenangan bersama selepas selesai Program Lawatan Sambil Belajar ke Borneo Empurau Farm & Resort di sini, baru-baru ini.


KOTA SAMARAHAN: Seramai 36 murid Tabika KEMAS Taman Samarindah CD menyertai Program Lawatan Sambil Belajar ke Borneo Empurau Farm & Resort baru-baru ini, bagi memperkukuh kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman serta memupuk minat terhadap alam semula jadi sejak usia awal.

Rombongan turut disertai pendidik masyarakat, pembantu pendidik masyarakat serta ibu bapa. Mereka berlepas dari tabika berkenaan pada 7.30 pagi menaiki bas khas yang disediakan.

Sepanjang program, peserta berpeluang meninjau pelbagai spesies ikan, haiwan ternakan, dan tanaman yang menjadi tarikan utama di ladang berkenaan, selain didedahkan kepada proses penternakan serta penjagaan ikan air tawar.
Aktiviti interaktif turut dilaksanakan bagi menerapkan nilai kepentingan penjagaan alam sekitar serta kelestarian sumber semula jadi dalam kalangan murid.

Peserta diberikan penerangan tentang pelbagai hidupan yang ada di Borneo Empurau Farm & Resort. 

Menurut kenyataan penganjur, program sehari itu memberi nilai tambah terhadap pendekatan pembelajaran murid melalui pengalaman langsung di lapangan selain mengukuhkan hubungan erat antara guru, ibu bapa dan komuniti setempat.

“Program ini bukan sahaja memberi pendedahan baharu kepada murid mengenai dunia luar bilik darjah, malah turut mencerminkan komitmen KEMAS dalam memperkukuh sistem pendidikan awal kanak-kanak melalui pendekatan holistik yang menggabungkan aspek akademik, sosial dan nilai murni,” katanya.

Program berlangsung dalam suasana ceria dan penuh bermakna dengan sambutan serta sokongan padu daripada keluarga murid.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jejantas baharu legakan penduduk Rumah Regina Kumjum
Next: Polis Meradong perkukuh hubungan komuniti sekolah melalui lawatan pemantauan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.