Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 36 mangsa banjir dipindahkan ke PPS di Long Lama
  • Utara
  • WILAYAH

36 mangsa banjir dipindahkan ke PPS di Long Lama

Utusan Sarawak 8 hours ago
PUSAT Pemindahan Sementara SJKC Kee Tee Long Lama menempatkan 36 mangsa banjir daripada 16 keluarga dari tiga kampung di Long Lama yang dilanda banjir. Foto: APM Long Lama.

LONG LAMA: Seramai 36 mangsa banjir daripada 16 keluarga dari tiga kampung di sekitar Long Lama telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan SJKC Kee Tee, hari ini.

Pemindahan dibuat susulan banjir yang menjejaskan kawasan kediaman mereka. Kesemua mangsa terdiri daripada 12 lelaki dan 24 perempuan.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri, antara yang dipindahkan ialah 17 mangsa dari enam keluarga di pekan Long Lama, termasuk lima lelaki dewasa, enam perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki, seorang kanak-kanak perempuan dan dua warga emas.

Sementara itu, seramai 17 lagi mangsa dari sembilan keluarga di Kampung Kayan Long Lama turut dipindahkan. Mereka terdiri daripada tiga lelaki dewasa, empat perempuan dewasa, enam kanak-kanak perempuan, seorang kanak-kanak lelaki dan tiga warga emas perempuan.

Dua mangsa daripada satu keluarga di Kampung Cina Long Lama turut ditempatkan di PPS, melibatkan seorang perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.

Mirwan berkata, tiada penambahan mangsa direkodkan setakat ini, namun pihaknya akan terus memantau keadaan dan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Konvoi Kembara semarakkan Sambutan Hari Malaysia di Meradong
Next: Pokok tumbang hempap bumbung rumah di Jalan Petai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.