Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 36 lelaki ditahan dalam Ops Sapu di Balingian
  • JENAYAH

36 lelaki ditahan dalam Ops Sapu di Balingian

Utusan Sarawak 16 hours ago

FOTO Facebook Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak.

MUKAH: Seramai 36 lelaki ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Ops Sapu yang dijalankan oleh Pasukan Tindakan Khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di kawasan Balingian, Bahagian Mukah, awal pagi semalam.

Operasi yang bermula sekitar 1.00 pagi itu disertai oleh 18 anggota penguat kuasa dan memberi tumpuan terhadap dua kilang yang dikenal pasti menggajikan pekerja asing.

FOTO Facebook Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak.

Menurut JIM Sarawak, seramai 114 individu warga asing daripada pelbagai negara telah diperiksa dalam operasi tersebut. Hasil pemeriksaan dan semakan dokumen mendapati 36 lelaki ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen Bahagian Sibu untuk siasatan dan tindakan lanjut.

FOTO Facebook Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak.

JIM Sarawak dalam kenyataannya menegaskan pihaknya akan terus komited melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan semua warga asing di negeri ini mematuhi undang-undang imigresen, selain menjaga keselamatan serta kedaulatan negara.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Berang sejuta ‘point’ permainan Roblox hilang, abang disyaki kelar adik di Parit Raja
Next: Siasatan terhadap menantu Muhyiddin selesai, tunggu untuk dituduh – Azam Baki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.