Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • 36 kakitangan JTS, DBKU terima sijil RCOC-B perkasa teknologi dron
  • TEKNOLOGI

36 kakitangan JTS, DBKU terima sijil RCOC-B perkasa teknologi dron

Utusan Sarawak 2 hours ago
SEBAHAGIAN daripada 36 peserta dari JTS dan DBKU yang berjaya menamatkan latihan RCOC-B bergambar bersama tetamu kehormat selepas majlis penyampaian sijil di Auditorium Chemsain, hari ini.

KUCHING: Seramai 36 peserta daripada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak serta Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini menerima Sijil Kecekapan Juruterbang Jauh – Asas (RCOC-B) pada majlis penganugerahan yang berlangsung di Auditorium Chemsain, hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Pengarah Tanah dan Survei, Datu Awang Zamhari Awang Mahmood, Pengarah DBKU, Ramzi Abdillah serta Pengarah Eksekutif Chemsain HRD, Dr John Chan.

Awang Zamhari menegaskan bahawa penerapan teknologi dron semakin penting dalam memperkukuh kecekapan operasi jabatan, khususnya dalam meningkatkan ketepatan, mempercepatkan kerja lapangan dan mengurangkan risiko keselamatan.

“Pengintegrasian teknologi dron merupakan lonjakan besar bagi jabatan. Ia bukan sahaja meningkatkan ketepatan dan kecekapan, malah memperluas keupayaan operasi.

“Kejayaan peserta menamatkan latihan ini membuktikan kesediaan tenaga kerja kita untuk menerima teknologi canggih seiring agenda transformasi digital Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Ramzi berkata usaha memperkasa kemahiran dron adalah selari dengan aspirasi DBKU dalam melaksanakan operasi bandar raya yang lebih pintar serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

“Pencapaian ini merupakan permulaan kepada kemajuan yang lebih besar, bukan sahaja kepada peserta, malah kepada DBKU secara keseluruhannya. Bersama-sama kita membawa Kuching ke arah bandar raya yang bersih, indah, pintar, selamat dan lestari,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JTS atas kerjasama dalam bidang pemetaan dan teknologi dron.

Terdahulu, Dr John Chan dalam ucapan alu-aluan menegaskan komitmen Chemsain HRD untuk terus menyokong agensi kerajaan melalui program pembangunan keupayaan teknikal serta kerjasama termasuk potensi penyelidikan dan pembangunan berkaitan teknologi dron.

Majlis tersebut menandakan tamatnya latihan RCOC-B selama lima hari yang dilaksanakan secara berfasa oleh Chemsain HRD dari Ogos hingga November lalu. 

Program bertauliah CAAM itu membekalkan peserta dengan pengetahuan asas serta kemahiran praktikal bagi memastikan pengoperasian dron secara selamat, beretika dan mematuhi peraturan.

Pensijilan ini turut mencerminkan komitmen berterusan JTS dan DBKU dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan berteraskan teknologi, termasuk aplikasi pengumpulan data, perancangan operasi dan inisiatif bandar pintar.

Chemsain HRD kekal komited dalam membangunkan keupayaan pengendalian dron dalam sektor kerajaan dan industri melalui latihan serta program teknikal khusus.

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: OpenAI lancar versi model GPT-5 yang dinaik taraf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.