Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 36 individu ditahan Op Tapis Narkotik di Sibu
  • JENAYAH

36 individu ditahan Op Tapis Narkotik di Sibu

Utusan Sarawak 5 hours ago
DITAHAN… IPD Sibu berjaya membuat tangkapan seramai 36 individu dalam Op Tapis Narkotik yang bermula dari 17 hingga 19 November lalu. Foto IPD Sibu

SIBU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah berjaya membuat tangkapan seramai 36 individu dalam Op Tapis Narkotik yang bermula dari 17 hingga 19 November lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, tangkapan melibatkan 33 orang lelaki dan tiga perempuan manakala rampasan melibatkan dadah disyaki syabu sebanyak 6.56 gram bernilai RM750.

“Seorang ditahan di bawah Seksyen 39a(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, empat orang di bawah Seksyen 12(3) ADB 1952, dan 31 orang penagih dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” jelasnya menerusi kenyataan media, hari ini.

Katanya, sejak Op Tapis Khas Narkotik ini dilancarkan semua tangkapan 36 orang telah didakwa di mahkamah.

“Seorang didakwa di bawah Seksyen 39a(1) ADB 1952, empat orang didakwa di bawah Seksyen 12(3) ADB 1952, dan 31 orang penagih dadah didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” ujarnya.

Tegasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus mempertingkatkan tindakan bagi membenteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Oleh itu, pihak polis mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dadah diminta tampil dan menyalurkan maklumat melalui talian JSJN 012-2087222 (JSJN Bukit Aman) dan 017-59292211 (JSJN Sarawak).

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Jurutera di Sibu ditipu pelaburan atas talian, RM247,000 lesap
Next: Lelaki warga Filipina ditahan miliki dadah di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.