Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 35,534 unit tangki air bakal diedarkan
  • TEMPATAN

35,534 unit tangki air bakal diedarkan

Utusan Sarawak 4 years ago
LAWATAN… Dato Ir. Alice Jawan Empaling (tiga dari kiri) bersama Ketua Penolong Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Aaron Gorino (dua dari kanan) mengadakan lawatan dan pemeriksaan terhadap tangki air sebelum dihantar ke Sibu.

KUCHING: Sejumlah 35,534 unit tangki air sedia diedarkan di seluruh Sarawak di bawah Program Tangki Air Fasa Ketiga menjelang suku pertama tahun ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti Sarawak, Dato Ir. Alice Jawan Empaling berkata, program tersebut sudah bermula dilaksanakan sejak suku ketiga tahun 2020 yang lalu, dan dijangka diedar sepenuhnya menjelang penghujung Februari 2021 ini nanti.

“Program pembekalan dan pengedaran tangki air Fasa Ketiga ini dibahagikan kepada dua pakej utama, yang mana 10,000 unit tangki air di bawah pakej pertama telah siap diedar pada akhir tahun lalu.

“Sementara itu, sebanyak 25,534 unit lagi berada di bawah pakej kedua.

Setakat ini, pihak kami telah membekalkan 11,000 unit, dan lebih kurang 14,000 unit lagi akan diedarkan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan Lawatan Kerja Tangki Air Weida di Sejingkat, di sini,semalam.

Menurut beliau, pembekalan tangki air ini merupakan inisiatif oleh Kerajaan Sarawak untuk mengatasi masalah di kawasan yang belum mendapat bekalan air bersih dan terawat sepenuhnya serta kawasan yang mempunyai masalah gangguan bekalan air.

“Pelaksanaan ini adalah bukti keprihatinan Kerajaan Sarawak terhadap keresahan rakyat selama ini, selari dengan sasaran untuk menyediakan 100 peratus bekalan air bersih menjelang tahun 2025.

“Justeru, Kementerian Utiliti Sarawak melalui agensi pelaksana,Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) komited untuk memastikan ia dapat dicapai sepenuhnya,”jelasnya lagi.

Mengulas berkenaan peruntukan inisiatif pembekalan tangki air ini, Alice memaklumkan ia telah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak, namun ia tidak menggunakan peruntukan dari mana-mana Projek Rakyat.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 638 unit dan 258 unit tangki air akan diedarkan masing-masing kepada penduduk Dudong dan Bawang Assan, Sibu tidak lama lagi.

“Pengedaran tangki air ini akan melibatkan 38 Rumah Panjang di Kawasan Dudong dan 8 Rumah Panjang di Bawang Assan, merangkumi sejumlah 896 penerima,”tambahnya.

Dalam perkembangan lain,Alice mendedahkan terdapat dua projek di bawah Projek Rakyat berjumlah RM35 juta sedang dijalankan membantu menyelesaikan masalah bekalan air di sekitar kawasan Sibu.

Ujarnya, projek yang dijangka siap pada 2022 ini nanti akan memberi manfaat kepada penduduk dengan menyediakan bekalan air yang lebih konsisten dan berterusan.

Oleh AKMAL ADIB YUSUP

Continue Reading

Previous: Elak pembelian panik
Next: Bekalan barangan di Sarikei mencukupi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.