
MARUDI: Sebanyak 31 kawasan melibatkan 3,532 mangsa dilaporkan terjejas banjir di tiga daerah di Baram setakat semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Marudi yang juga Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, berkata jumlah kawasan terjejas banjir di Daerah Marudi ialah 11 kawasan melibatkan 1,161 mangsa, iaitu 6 kawasan kampung/rumah, 1 jalan, dan 4 kawasan sekolah.

Sementara jumlah kawasan yang terjejas banjir di Daerah Beluru ialah sebanyak 15 kawasan yang melibatkan 1,435 mangsa banjir.
Kawasan terjejas di kawasan berkenaan melibatkan 15 lokasi, iaitu kampung/rumah (12), Klinik Kesihatan (1), dan Sekolah Rendah (2), dengan jumlah mangsa seramai 1,435 orang.
Manakala Daerah Telang Usan yang turut terjejas banjir melibatkan lima kawasan, iaitu kampung/rumah (1), Klinik Kesihatan (1), dan Sekolah Rendah (2), dengan jumlah mangsa seramai 936 orang.
Katanya, anggota Pertahanan Awam Marudi mempergiatkan lagi pemantauan di beberapa lokasi yang terjejas banjir.
Oleh Jiku Juguong