Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 350 peserta berentap dalam Kejohanan Muaythai Piala TYT Sarawak dan Piala Borneo 2026
  • SUKAN

350 peserta berentap dalam Kejohanan Muaythai Piala TYT Sarawak dan Piala Borneo 2026

Utusan Sarawak 9 hours ago
KEJOHANAN Muaythai Piala Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Piala Borneo 2026 yang akan berlangsung di Tebingan Sungai Kuching dari 16 hingga 19 April ini.
 

KUCHING: Seramai 350 peserta dijangka berentap dalam lebih 100 pertarungan profesional dan amatur pada Kejohanan Muaythai Piala Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Piala Borneo 2026 yang akan berlangsung di Tebingan Sungai Kuching dari 16 hingga 19 April ini.

Kejohanan berprestij yang memasuki edisi ke-10 penganjurannya itu turut dijangka menghimpunkan nama besar sukan muay thai dari rantau Asia Tenggara bagi menghangatkan gelanggang pertandingan.

Sehingga kini, negara luar yang telah mengesahkan penyertaan ialah Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dan Brunei Darussalam, selain 28 kelab tempatan dari Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia

Menurut Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak PMNS, Jumaat Ibrahim, kejohananan tersebut terus mengekalkan reputasinya sebagai kejohanan tempur yang sentiasa dinanti-nantikan oleh penggiat muaythai dari seluruh negara khasnya dari rantau Asia Tenggara.

“Alhamdullillah, setiap tahun kejohanan ini sentiasa menerima penyertaan yang amat menggalakkan termasuk dari negara luar khususnya di rantau Asia Tenggara.

“Ini jelas membuktikan kejohanan ini semakin dikenali dan telah meletakkan nama Sarawak di peta dunia sukan muaythai.

“Perkembangan positif ini secara tidak langsung dapat membantu dalam merancakkan sektor pelancongan negeri dan membawa impak ekonomi kepada pemain industri perhotelan, pengangkutan dan makanan,” menurut Jumaat dalam satu kenyataan semalam.

Selain merancakkan sektor pelancongan, kejohanan itu katanya turut menjadi platform pendedahan berguna kepada atlet Sarawak memantapkan kemahiran mereka, lebih-lebih sebagai persiapan untuk mempertahankan kejuaraan pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Selangor, Ogos nanti.

Menurut Jumaat lagi, pada edisi kali ini katanya, PMNS turut meneruskan penganjuran Piala Borneo selepas mendapat penyertaan menggalakkan dari kelab di seluruh kepulauan Borneo pada tahun lepas.

Katanya, Piala Borneo menjadi wadah terbaik dalam mengukuhkan integrasi nasional antara rakan Borneo selain menggalakkan golongan belia untuk bergiat aktif dalam aktiviti sihat.

Aksi akan dimulakan dengan perlawanan muaysport pada Jumaat, manakala perlawanan semi pro dan pro berlangsung sebelam malam.

Pada Sabtu, beberapa lagi aktiviti menarik diadakan sebagai pelengkap kepada majlis perasmian yang diadakan pada sebelah malam.

Selain pertandingan esports dan persembahan bela diri, penonton juga bakal disajikan dengan perlawanan gusti pertunjukan yang menampilkan penggusti ternama tempatan.

Pada Ahad ini, akan diadakan Fun Walk Muaythai Piala TYT 2026 sempena Jelajah ANMS 2026 Bahagian Kuching Daerah Kuching bermula 6.00 pagi.

Selain itu, turut diadakan nanti seminar bela diri wanita oleh jaguh muaythai dan MMA serta aksi berpasukan tag team 5 sepasukan, acara baharu diperkenalkan pada kejohanan kali ini.

Penyampaian Piala TYT akan diadakan pada malam Sabtu manakala Piala Borneo 2026 diserahkan pada Ahad

Kejohananan tersebut dianjurkan oleh PMNS dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP); Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU); Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS). – UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Atletico hukum Barca 10 pemain, kuasai suku akhir
Next: 298 atlet sertai Kejohanan Olahraga MSSR Zon Baram Hilir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.