Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 35 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Kuala Sibuti
  • TEMPATAN

35 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Kuala Sibuti

Utusan Sarawak 11 hours ago
LAKSANA… Petugas Cawangan Konservasi dan Perlindungan Sumber, Jabatan Perikanan Laut (JPL) Sarawak melaksanakan kerja-kerja melabuhkan 35 unit tukun tiruan jenis rekreasi di perairan Kuala Sibuti, semalam.

BEKENU: Sebanyak 35 unit tukun tiruan jenis rekreasi berjaya dilabuhkan di perairan Kuala Sibuti sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memulihara ekosistem marin serta memperkukuh kelestarian sumber perikanan di Sarawak.

Program berkenaan dilaksanakan oleh Cawangan Konservasi dan Perlindungan Sumber, Jabatan Perikanan Laut (JPL) Sarawak semalam bagi mewujudkan habitat baharu untuk pelbagai spesies hidupan marin, di samping menyediakan kawasan perlindungan dan pembiakan ikan.

Menurut kenyataan JPL Sarawak, selain meningkatkan biodiversiti marin, tukun tiruan itu turut menyokong pembangunan aktiviti rekreasi berasaskan perikanan, sekali gus memberi manfaat kepada komuniti nelayan dan sektor pelancongan.

SEBAHAGIAN daripada 35 unit tukun tiruan jenis rekreasi yang dilabuhkan di perairan Kuala Sibuti sebagai usaha Jabatan Perikanan Laut (JPL) Sarawak memulihara ekosistem marin dan memperkukuh kelestarian sumber perikanan di negeri ini.

Pelabuhan tukun tiruan di Kuala Sibuti merupakan tapak keempat pelaksanaan projek berkenaan di perairan Sarawak bagi 2026.

Sebelum ini, projek sama telah dilaksanakan di Kuala Tatau, Igan dan Sematan sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh usaha pemuliharaan sumber marin di seluruh negeri.

JPL Sarawak memaklumkan pelaksanaan projek tersebut mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memperkasa usaha konservasi marin serta memastikan khazanah sumber perikanan negeri terus terpelihara demi kesejahteraan generasi masa hadapan.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Sarawak lengkapkan jaringan pesisir, enam jambatan utama dibuka tahun ini
Next: 54 pelajar, guru SK Klua sertai latihan APM, tingkat kemahiran hadapi kecemasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.