Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 35 sertai perlawanan badminton sempena Hari Antidadah 2025 di Sibu
  • SUKAN

35 sertai perlawanan badminton sempena Hari Antidadah 2025 di Sibu

Utusan Sarawak 20 hours ago
UNTUK KENANGAN…Para peserta Perlawanan Persahabatan Badminton sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025 merakam kenangan.

SIBU: Seramai 35 ahli SKUAD Antidadah Sibu dan warga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Sibu menyertai Perlawanan Persahabatan Badminton sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2025.
Perlawanan berlangsung kelmarin di MDS Badminton Court, Lorong Perpati 2, Sibu disempurnakan oleh Pengerusi SKUAD Antidadah Sibu, Raden Khairulzaman Raden Bestari.

Program tersebut bertujuan menyemarakkan kempen kesedaran bahaya dadah melalui pendekatan sukan, selain membentuk persepsi positif masyarakat terhadap usaha pencegahan dadah.

Inisiatif ini juga memberi alternatif aktiviti sihat kepada golongan muda, sekali gus mengalihkan perhatian mereka daripada pengaruh negatif.

Melalui sukan, peserta bukan sahaja mengekalkan kecergasan, malah mengeratkan hubungan silaturahim dan membina persekitaran yang lebih selamat.

Acara diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada semua pemain serta sesi bergambar kenang-kenangan.

Turut hadir, wakil LHDN Cawangan Sibu Shaizan Nizzy Otman, wakil Ketua Daerah AADK Daerah Sibu Aldrin Jeff Joshua Sulau, Timbalan Pengerusi SKUAD Antidadah Sibu Mohamad Mostapha Lasot dan barisan jawatankuasa SKUAD Antidadah Sibu.

Oleh Akun Giman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Man City menang bergaya, elak bertembung Real Madrid
Next: 10 petinju TBBC Sri Aman mara ke final

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.