Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 35 penderma jayakan Kempen Derma Darah APM Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

35 penderma jayakan Kempen Derma Darah APM Sarikei

Utusan Sarawak 12 hours ago
ANTARA yang hadir menderma darah di Kempen Derma Darah APM Sarikei. Foto: APM Sarikei

SARIKEI: Seramai 35 penderma berjaya menderma darah dalam Kempen Derma Darah Mei 2026 yang dijalankan di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sarikei, hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, kempen tersebut dianjurkan bagi membantu menambah bekalan darah untuk kegunaan pesakit yang memerlukan rawatan.

“Pelaksanaan Kempen Derma Darah untuk Mei 2026 yang dianjurkan dengan kerjasama Hospital Sarikei telah dijalankan dengan lancar bertempat di PKOD Sarikei.

“Seramai 36 individu hadir mendaftar sebagai penderma darah melibatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam,” katanya.

ANTARA yang hadir menderma darah di Kempen Derma Darah APM Sarikei. Foto: APM Sarikei

Tambahnya, daripada jumlah tersebut, 35 penderma berjaya menderma darah manakala seorang lagi tidak layak selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Selain menderma darah, sebahagian peserta turut mengambil peluang menjalani pemeriksaan tekanan darah (BP) dan hemoglobin (HB) bagi memantau tahap kesihatan masing-masing.

“Program ini bukan sahaja membantu menambah bekalan darah di hospital, malah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan amalan menderma darah,” katanya.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada semua penderma yang tampil menyertai kempen tersebut sebagai tanda sokongan terhadap usaha membantu golongan memerlukan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Ba’kelalan perkasa gerak kerja akar umbi Pemuda GPS
Next: AADK perkasa kesedaran bahaya dadah di Niah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.