Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 35 pelajar UTS sertai lawatan ke Penjara Pusat Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

35 pelajar UTS sertai lawatan ke Penjara Pusat Sibu

Utusan Sarawak 14 hours ago
UNTUK KENANGAN… Kakitangan Penjara Pusat Sibu merakamkan kenangan bersama rombongan daripada UTS sempena Lawatan ‘Peluang Kedua’ baru-baru ini. Foto PPS

SIBU: Seramai 35 pelajar Universiti Teknologi Sarawak (UTS) menyertai Lawatan ‘Peluang Kedua’ ke Penjara Pusat Sibu (PPS) anjuran Unit Psikologi dan Kaunseling Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

Lawatan tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sistem pemulihan dalam penjara selain memupuk keinsafan terhadap kesan salah laku jenayah dalam kalangan belia.

Rombongan para pelajar diiringi oleh dua kaunselor iaitu Kaunselor Eksekutif Kanan, Hamidah Rapaiee dan Kaunselor Eksekutif, Kevin Wong Kiong Kion.

Ketibaan rombongan di Dewan Kakitangan PPS disambut dengan ucapan aluan serta sesi penerangan oleh Timbalan Penguasa Penjara, Ku Hakimi Ku Halim tentang PPS serta pemulihan dalam institusi dan reformasi penjara melibatkan pembudayaan Pusat Pembangunan Peradaban Kemanusiaan dalam institusi penjara (CHCDC).

Selepas itu, sesi diteruskan oleh Pegawai Psikologi PPS, Azrol Adenan yang berkongsi psiko pendidikan berkaitan salah laku yang boleh menjebak belia ke dalam salah laku jenayah serta mengurus setia sesi perkongsian bersama lima prospek yang terlibat dengan Program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PPSL).

Sesi perkongsian itu melibatkan sesi soal jawab berkaitan punca jenayah serta pengalaman pemulihan kepenjaraan, dibantu Sarjan Zambari dari Unit Pemulihan yang memberi penerangan tentang proses pemulihan dalam penjara.

Para pelajar dapat menyelami terus isi hati banduan yang telah mengalami proses pemulihan yang berkonsepkan kemanusiaan.

Selain itu, para pelajar juga berpeluang melawat pameran barang-barang yang dihasilkan seperti batik dan produk sejuk beku oleh prospek PPS serta peralatan yang digunakan dalam proses korektif di PPS seperti rotan sebat, replika tempat hukuman gantung dan kelengkapan yang digunakan oleh prospek, tempat mandi dan lain-lain lagi.

Antara objektif lawatan itu adalah memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kesalahan jenayah dan hukumannya.

Selain itu, ia bertujuan untuk memupuk keinsafan di dalam diri para pelajar mengenai kes jenayah dan seterusnya membentuk individu dan masyarakat yang beretika serta berakhlak mulia.

Rata-rata pelajar memberikan komen positif terhadap lawatan itu dan berharap ia dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Orang ramai, waris diharap tampil sahkan kubur lama sebelum pemindahan dilaksana
Next: RM162,850 disumbangkan kepada gereja dan rumah panjang di Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.