Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 35 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum DUN Mulu terima sijil pelantikan
  • Utara
  • WILAYAH

35 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum DUN Mulu terima sijil pelantikan

Utusan Sarawak 6 hours ago
TAHNIAH…Datuk Gerawat Gala menyerahkan sijil pelantikan semula kepada Pemanca Randie Bundan bagi Daerah Marudi (masyarakat Iban). Foto Jiku Juguong

MARUDI: Seramai empat Ketua Masyarakat dilantik semula bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 31 Disember 2025.

Mereka ialah Pemanca Randie Bundan, Penghulu Jimbau Ena, Penghulu Keir Sulang Ujai dan Penghulu Philip Dagang.

Selain itu, enam Ketua Kaum baharu turut dilantik, masing-masing Ketua Kaum Tredie @ Priddi Andam dari Sungai Sengkabang, Marudi (empat tahun); Francis Peter Kapinta dari Padang Kerbau A, Marudi (dua tahun); Joseph Chon dari Sungai Brit, Marudi (tiga tahun); Bonny Empaling dari Sungai Babi (dua tahun); Lucia Kapat dari Sungai Engkala Poyut B (dua tahun); serta Anie Jalang dari Stapang C (empat tahun).

Sementara itu, seramai 25 Ketua Kaum dilanjutkan tempoh perkhidmatan masing-masing selama dua tahun. Mereka ialah TR Nyata Kedit (Sungai Belasoi B), TR Lalo Akang (Selejau Melikat, Marudi), TR Pree Randie (Sungai Sengkabang, Marudi), TR Gau Baong (Sungai Stapang D dan Sungai Rian), TR Jugah Anyi (Sungai Belasoi A), TR Anja Itam (Sungai Selajau Baru), TR Nanta Sandom (Sungai Melikat), TR Sator Baran (Kampung Maloh), TR Kiam Ujai (Lugan Entasan), TR Telajan Luyoh (Sungai Brit Asal), TR Henry Iboh (Lugan Tunga), Siggan Bawin (Sungai Muam, Marudi), Gerinang Kam (Logan Tasong), Jipun Jantan (Sungai Gaong, Tanjung Upar), Vincent Kiu (Tanjung Upar, Marudi), TR Philip Bayu (Tanjung Upar, Marudi), TR Adam Ongie (Sungai Nawang, Marudi), Tommy Sunting (Sungai Pasir, Marudi), TR Ridap Slat (Sungai Pasir), Kapitan Tie Ching Ming (Poyut Cina), Chua Wee Xian (Kampung Cina, Lubok Nibong), Moses Bululok (Kampung Kuala Tutoh), Abia Laing @ Rabia Laing (Long Terawan), Esak Tu’o (Long Iman) dan Sumping Bandang (Sungai Linei Hilir).

PENGHULU Philip Dagang menerima sijil pelantikan semula untuk tempoh dua tahun (kawasan Lubok Nibong, masyarakat Iban). Foto Jiku Juguong

Sijil pelantikan kepada semua Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum berkenaan telah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa Ketua-Ketua Masyarakat dan Ketua-Ketua Kaum merupakan wakil rasmi kerajaan di peringkat akar umbi.

“Laksanakan amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan saya berharap mantan-mantan pemimpin terus menyumbangkan pengalaman serta nasihat kepada barisan kepimpinan baharu,” katanya.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Masyarakat digesa hargai pendidikan dan hormati warga emas
Next: RM58,000 untuk rumah panjang Edward Asnan Lubok Menuang Saeh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.