Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 35 ekor lembu dikorbankan sempena Aidiladha di DUN Simunjan
  • Selatan
  • WILAYAH

35 ekor lembu dikorbankan sempena Aidiladha di DUN Simunjan

Utusan Sarawak 11 hours ago
AWLA Dris menyempurnakan simbolik pemotongan daging korban. -Foto UKAS

SIMUNJAN: Sempena sambutan Aidiladha tahun ini, sebanyak 35 ekor lembu telah dikorbankan bagi tujuan pengagihan kepada golongan asnaf serta penduduk kampung di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan.

Program ibadah korban ini dilaksanakan melalui Program Jelajah Ibadah Korban Daerah Simunjan 2025 yang dijalankan selama tiga hari bermula 10 Zulhijjah melibatkan pelbagai lokasi dan komuniti kampung di kawasan tersebut.

Daripada jumlah keseluruhan lembu yang dikorbankan, sebanyak 19 ekor disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, manakala 11 ekor lagi merupakan sumbangan Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee.

Lima ekor tambahan disumbangkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Al-Mutaqqin Samarahan, menjadikan keseluruhan jumlah kepada 35 ekor.

Pelaksanaan program berkenaan menyaksikan penglibatan aktif masyarakat setempat dalam semangat gotong-royong dan ukhwah yang cukup erat seiring dengan tuntutan agama yang menganjurkan semangat pengorbanan, kasih sayang dan saling membantu.

Awla sendiri turut turun padang menyaksikan secara langsung proses penyembelihan dan melapah daging lembu korban di dua lokasi utama iaitu Kampung Sekendu Melayu dan Kampung Hijrah Fasa 2, hari ini.

“Alhamdulillah, pada hari ini saya berpeluang menyaksikan sendiri acara penyembelihan lembu korban yang turut dimulakan dengan acara simbolik melapah daging dan seterusnya proses pengagihan kepada penerima-penerima yang layak.

Proses korban ini telah diatur dengan baik dan dijalankan secara berperingkat pada hari raya pertama, kedua dan ketiga, melibatkan pelbagai kampung dan jabatan kerajaan yang turut serta dalam menjayakannya,” kata beliau ketika ditemui Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau menambah, semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh penduduk kampung amat membanggakan dan wajar dijadikan contoh dalam usaha memperkukuhkan perpaduan masyarakat.

“Saya amat seronok melihat semangat gotong-royong yang begitu kuat dalam kalangan penduduk kampung. Mereka bersama-sama menyembelih, melapah, membungkus dan mengagihkan daging korban dengan cara yang sangat teratur dan adil.

“Ini membuktikan bahawa ibadah korban bukan sahaja menyuburkan hubungan dengan Allah SWT, tetapi juga mempereratkan hubungan antara sesama manusia,” tambahnya.

Program ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Aidiladha, malah menjadi platform kebajikan yang menyentuh terus kepada masyarakat akar umbi.

Turut hadir Timbalan Ketua PBB Cawangan Simunjan, Bojeng Ali, Penghulu Ahmad Dol Simpol, Penghulu Abang Madehie Abang Junaidi, Ketua Kaum Kampung Sekendu Melayu, Muziady Mostapa serta Ketua Kampung Hijrah Fasa 2, Dara @ Khartina Amat. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hari Gawai lambang perpaduan, kemajuan sosioekonomi masyarakat
Next: Aidiladha tampilkan semangat muhibbah, perpaduan masyarakat majmuk Long Lama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.