Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 35 bungkusan sumbangan Gawai diagih kepada petugas IPD Bau
  • Selatan
  • WILAYAH

35 bungkusan sumbangan Gawai diagih kepada petugas IPD Bau

Utusan Sarawak 5 hours ago
MOHD Haide menyampaikan cenderahati kepada petugas barisan hadapan.

BAU: Sebanyak 35 bungkusan sumbangan Gawai telah diagihkan kepada petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini sempena sambutan Hari Gawai yang akan datang.

Ketua Polis Daerah Bau Superintendan Mohd Haide A Rahman berkata majlis simbolik penyerahan sumbangan telah diadakan di Dewan Badminton IPD Bau pada petang semalam melibatkan wakil daripada pelbagai bahagian dan balai polis.

“Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan Sarawak kepada warga PDRM yang menyambut serta akan bertugas pada Hari Gawai 2026,” katanya.

Beliau berkata program tersebut berjalan lancar dan mencerminkan semangat kebersamaan serta penghargaan dalam kalangan warga polis menjelang sambutan perayaan Gawai.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Bau DSP Ritchie Jarit, ketua bahagian dan cawangan serta pegawai dari Balai Polis Bau dan Balai Polis Siniawan.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang selepas hadiri pengebumian di Kampung Koran Bari
Next: Dua warga emas di Sarikei terima bantuan katil pesakit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.