Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 35 anggota APM Saratok sertai latihan bot penyelamat dan kawad kaki
  • Tengah
  • WILAYAH

35 anggota APM Saratok sertai latihan bot penyelamat dan kawad kaki

Utusan Sarawak 3 days ago
LATIHAN pengendalian bot penyelamat dan kawad kaki oleh seramai 35 anggota APM Daerah Saratok. Foto: APM Saratok

SARATOK: Seramai 35 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok telah menyertai latihan pengendalian bot penyelamat dan kawad kaki yang diadakan di sini semalam.

Pegawai APM Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkata, latihan berkenaan merangkumi tiga silibus utama iaitu kawad kaki, teori enjin bot serta teknik pengendalian bot penyelamat.

Menurutnya, penganjuran latihan tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak APM untuk meningkatkan kemahiran, disiplin dan tahap kesiapsiagaan anggota dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

“Latihan ini bukan sahaja menekankan aspek teknikal dalam pengendalian bot, malah turut memberi penekanan terhadap disiplin serta kerjasama berpasukan melalui kawad kaki,” katanya.

Antara pengisian latihan termasuk teknik asas mengendalikan bot penyelamat, kawalan dan penyelenggaraan enjin, pengenalan kepada jenis bot yang digunakan dalam operasi, manuver di air serta langkah keselamatan semasa operasi menyelamat.

FOTO: APM Saratok
FOTO: APM Saratok

Selain itu, latihan kawad kaki pula memberi fokus kepada ketahanan fizikal anggota, kawalan formasi serta membentuk semangat kerja berpasukan yang lebih mantap.

Melalui pendedahan menyeluruh itu, anggota APM Saratok berpeluang meningkatkan kemahiran teknikal di lapangan sambil memperkukuh nilai disiplin, daya tahan dan kerjasama yang amat penting dalam setiap operasi menyelamat.

“APM Saratok komited memastikan setiap anggotanya dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran yang seimbang agar mampu melaksanakan tugas dengan cekap, berdisiplin tinggi serta menjadi benteng keselamatan masyarakat setempat,” jelasnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pertandingan Lagu Mandarin Veteran erat perpaduan masyarakat di Saratok
Next: Dua jambatan di Sarikei siap dinaik taraf di bawah projek khas MARRIS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.