Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 349 kenderaan diperiksa dalam Ops Gempur JPJ Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

349 kenderaan diperiksa dalam Ops Gempur JPJ Sibu

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEBANYAK 349 kenderaan di sekitar bandar Sibu telah diperiksa dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan dan Ops Harian yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sibu, semalam. Foto: JPJ Negeri Sarawak

SIBU: Sebanyak 349 kenderaan membabitkan kenderaan perdagangan dan persendirian telah diperiksa dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan dan Ops Harian yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sibu, semalam.

Menurut JPJ Sarawak menerusi hantaran di Facebook, operasi itu dilaksanakan oleh Unit Operasi JPJ Cawangan Sibu melalui penguatkuasaan secara rondaan dan pemantauan di sekitar bandar Sibu serta penguatkuasaan secara statik di Jalan Tun Abang Haji Openg.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan telah dikesan antaranya pemandu tidak memiliki lesen memandu vokasional, tiada lesen memandu yang sah, tidak memakai tali pinggang keledar serta lain-lain kesalahan yang melibatkan aspek teknikal kenderaan,” kata kenyataan tersebut.

Selain itu, katanya, sebuah kenderaan turut disita atas kesalahan cukai jalan yang telah tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Sehubungan itu, JPJ Sarawak menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin serta meningkatkan tahap pematuhan undang-undang dalam kalangan pengguna jalan raya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Sarawak laksana Projek Pertanian Tepat Kabuloh bernilai RM30 juta
Next: Datuk Majang tinjau projek PPRMS di Samalaju, pastikan kebajikan rakyat terjaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.