Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 34 terima surat tawaran Rumah Spektra Permata
  • TEMPATAN

34 terima surat tawaran Rumah Spektra Permata

Utusan Sarawak 4 years ago
KENANGAN… Datuk Amar Jamilah Anu merakam gambar bersama penerima dari kawasan Lundu dan Sematan menerima surat tawaran Rumah Spektra Permata (RSP) pada Rabu lalu.

LUNDU: Seramai 34 orang penerima dari kawasan Lundu dan Sematan menerima surat tawaran Rumah Spektra Permata (RSP) pada Rabu.

Majlis Penyerahan Surat Tawaran RSP Lundu dan Sematan berlangsung secara maya dengan disaksikan oleh Penguasa Jabatan Tanah & Survei Bahagian Kuching Alfian Bawi, dan Ketua Pegawai Eksekutif Housing Development Corporation (HDC) Mohamad Asman Ahmad.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata, RSP Lundu dan Sematan itu diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 15 Februari 2017 sewaktu Pilihanraya Kecil N3 Tanjong Datu,

“Projek ini telah siap dalam tempoh empat tahun. RSP Lundu telah siap pada bulan Ogos 2020 dan RSP Sematan pula telah siap pada Oktober 2020.

“Ia adalah Program Perumahan Kerajaan Negeri Sarawak khas untuk golongan berpendapatan rendah (B40) dan Golongan berpendapatan pertengahan (M40) di bawah Kontraktor Hav-Innovative Technology Sdn Bhd,” katanya.

Ujarnya, jenis rumah adalah jenis rumah bertiang ‘on stilt’ dan siap dengan semua fasiliti termasuk air dan elektrik.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani.

Oleh Jeakqleyn Yacho

Continue Reading

Previous: Khidmat petugas PPV dihargai
Next: Pandemik Covid-19 boleh binasakan negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.