Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 34 kes baharu disahkan
  • GLOBAL

34 kes baharu disahkan

Utusan Sarawak 5 years ago

An employee wearing a mask and face shield amid concerns over the spread of the COVID-19 coronavirus conducts a temperature check on a customer at the entrance of the Shibuya Hikarie building in Tokyo on May 26, 2020, a day after the Japanese government lifted a nationwide state of emergency. - Japan lifted a nationwide state of emergency over the coronavirus on May 25, gradually reopening the world's third-largest economy as government officials warned caution was still necessary to prevent another wave. (Photo by Behrouz MEHRI / AFP)

An employee wearing a mask and face shield amid concerns over the spread of the COVID-19 coronavirus conducts a temperature check on a customer at the entrance of the Shibuya Hikarie building in Tokyo on May 26, 2020, a day after the Japanese government lifted a nationwide state of emergency. – Japan lifted a nationwide state of emergency over the coronavirus on May 25, gradually reopening the world’s third-largest economy as government officials warned caution was still necessary to prevent another wave. (Photo by Behrouz MEHRI / AFP)

TOKYO: Tokyo pada Selasa mengeluarkan amaran berikutan terdapat tanda-tanda kemungkinan kemunculan semula penularan jangkitan Covid-19 berikutan 34 kes baharu yang dilaporkan di ibu negara Jepun itu, lapor Kyodo News.

Gabernor Tokyo Yuriko Koike berkata amaran itu bertujuan mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada.

Beliau berkata andai kes terus meningkat, sekatan terhadap aktiviti ekonomi dan sosial mungkin akan dikuat kuasa semula.

Jumlah itu yang tertinggi dicatatkan sejak Jepun menarik balik perintah darurat pada minggu lalu, kali pertama sejak 14 Mei.

Pada mesyuarat pasukan petugas COVID-19, Selasa, beliau menggesa penduduk Tokyo untuk “berhati-hati apabila mengunjungi pusat hiburan” dan ketika berada di kawasan tertutup serta sesak.

Beliau berkata kebanyakan jangkitan yang dilaporkan berkaitan dengan industri hiburan malam terutama di Shinjuku.

“Permintaan untuk menangguhkan perniagaan akan dipertimbangkan jika terdapat lebih 50 kes positif dalam sehari selain menilai indeks lain,” katanya.

Tokyo mengalami kadar jangkitan yang tinggi sejak akhir Mac, apabila melaporkan kenaikan sebanyak tiga digit iaitu 116 pada 4 April. Jumlah itu kemudian berkurangan secara beransur-ansur sejak pertengahan April, namun minggu ini Tokyo kembali mengalami situasi turun naik.

Bagaimanapun, purata harian kes baharu disahkan dalam tempoh tujuh hari ialah 16.3 orang, masih di bawah kriteria ditetapkan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Itali tarik balik sekatan perjalanan
Next: Taufan Nisarga badai Mumbai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.