Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 34 jatuh sakit dalam penerbangan di Jepun disyaki keracunan makanan
  • GLOBAL

34 jatuh sakit dalam penerbangan di Jepun disyaki keracunan makanan

Utusan Sarawak 7 months ago

CHIBA (JEPUN): Seramai 34 penumpang dalam dua penerbangan yang membawa sekumpulan pelajar sekolah menengah dari Guam ke Jepun mengalami gejala disyaki akibat keracunan makanan, lapor Agensi Berita Kyodo, memetik pegawai perkhidmatan kecemasan tempatan.

Menurut pejabat lapangan terbang Narita dan pihak berkuasa dari Wilayah Chiba, berhampiran Tokyo, 16 orang berada dalam Penerbangan 942 Japan Airlines dan 18 lagi dalam Penerbangan 873 United Airlines, yang kedua-duanya mendarat di lapangan terbang Narita pada Khamis malam.

Antara simptom yang dialami penumpang seperti muntah-muntah, 14 penumpang dibawa ke hospital sebaik tiba.

Beberapa penumpang dilaporkan berasa tidak sihat sebelum menaiki penerbangan, dan Japan Airlines memaklumkan kepada pegawai lapangan terbang yang makanan dalam pesawat  dipercayai bukan merupakan punca kejadian.– BERNAMA-KYODO

Continue Reading

Previous: Lubnan kutuk serangan Israel ke atas pengaman PBB, anggap jenayah perang
Next: Potret dihasilkan robot terjual RM5.79 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.