Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 3,383 mangsa banjir masih berlindung di PPS Sarawak, Sabah
  • NASIONAL

3,383 mangsa banjir masih berlindung di PPS Sarawak, Sabah

Utusan Sarawak 21 hours ago
SEDIA… Agensi penyelamat bersiap di dua kawasan banjir. Foto BBP Bintangor

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,383 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak dan Sabah setakat petang ini, dengan kedua-dua negeri mencatatkan penurunan jumlah mangsa.

Di SARAWAK, jumlah mangsa berkurang kepada 3,019 daripada 888 keluarga, berbanding 3,031 orang daripada 876 isi keluarga pagi tadi. 

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri  (JPBN) Sarawak, kesemua mangsa ditempatkan di 40 PPS iaitu Serian sebanyak 23 PPS, Samarahan (empat), Balai Ringin (tiga), Miri (tiga), Bintulu (dua) serta  masing-masing satu PPS di Kuching, Simunjan, Gedong, Sibu dan Mukah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak hingga hari ini.

Di SABAH, mangsa banjir menunjukkan trend penurunan apabila 364 mangsa daripada 136 keluarga direkodkan, berbanding 462 orang daripada 157 keluarga pada pagi hari ini.

Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan dua PPS di Beaufort masih beroperasi iaitu Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon dan Dewan Sri Dayang Shahbandar Padas Damit. – Bernama

Continue Reading

Previous: Peningkatan premis SARA perkukuh kelangsungan peniaga kecil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.