Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 330 penduduk terputus hubungan terima bantuan makanan di Tatau
  • Utara
  • WILAYAH

330 penduduk terputus hubungan terima bantuan makanan di Tatau

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEBAHAGIAN daripada 330 penduduk terputus hubungan menerima bantuan makanan yang disalurkan oleh JPBD Tatau di SK Kuala Annau.

TATAU: Seramai 330 penduduk dari beberapa penempatan yang terputus hubungan di Daerah Tatau menerima bantuan makanan menerusi operasi penghantaran yang diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tatau, semalam.

Menurut satu kenyataan, bantuan berkenaan dihantar dalam dua sesi iaitu pada 10.00 pagi dan 2.00 petang serta diserahkan secara berpusat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Annau.

Penduduk yang menerima bantuan terdiri daripada 164 orang dari Rumah Pada Selan, Rumah Daniel Mungking (48), Rumah Robert Nyembong (30), Rumah Thomas Sylvester Kunsil (27), Rumah John Asan (25), Rumah Win Telajan (22), Rumah Empaling Bu (4) serta SK Kuala Annau (10).

Penghantaran bantuan makanan itu dilaksanakan menggunakan pengangkutan darat melibatkan pelbagai agensi termasuk Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pejabat Daerah Tatau, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesemua bantuan disampaikan dengan sokongan anggota daripada Polis Draja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), BDA, UKPS dan Pejabat Daerah Tatau bagi memastikan kelancaran operasi.

Bantuan makanan tersebut dibawa ke SK Kuala Annau sebelum penduduk membawa pulang bekalan ke kediaman masing-masing menggunakan perahu persendirian berikutan keadaan laluan yang masih terjejas.

JPBD Tatau akan terus melaksanakan operasi bantuan dan pemantauan bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasan terputus hubungan sentiasa diberi perhatian.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Datuk Sebastian Ting tinjau projek RTP di Sekolah Agama Rakyat Miri
Next: Anak buaya ceroboh belakang rumah berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.