Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 33 warga asing ditahan dalam operasi imigresen di Miri
  • JENAYAH

33 warga asing ditahan dalam operasi imigresen di Miri

Utusan Sarawak 9 hours ago

TAHAN… Sebahagian daripada 26 wanita yang ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c), di Miri, semalam.

MIRI: Seramai 33 warga asing telah ditahan dalam Operasi Gegar dan Operasi Pintu yang dijalankan oleh Unit Pemantauan Keselamatan dan Penguatkuasaan (UPKP), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di sekitar bandar di sini, semalam.

Menurut kenyataan JIM Sarawak, operasi bersepadu itu telah diadakan selama dua hari dan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan jabatan berkenaan dalam membanteras pelanggaran undang-undang imigresen serta memastikan tahap keselamatan komuniti tempatan sentiasa terpelihara.

TAHAN… Sebahagian daripada 26 wanita yang ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c), di Miri, semalam.

“Hasil pemeriksaan terhadap 60 individu, sebanyak 33 orang terdiri daripada 7 lelaki dan 26 wanita telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c),” jelas kenyataan itu.

“Mereka yang ditahan telah dibawa ke Pejabat Imigresen Miri untuk siasatan dan tindakan lanjut,” kata kenyataan itu hari ini.

Pada operasi itu, seramai 15 pegawai imigresen terlibat dalam operasi tersebut yang menumpukan pemeriksaan di beberapa kawasan tumpuan warga asing dan premis perniagaan sekitar bandar Miri.

TAHAN…Sebahagian daripada 7 lelaki yang ditahan dalam Operasi Gegar dan Operasi Pintu yang dijalankan oleh UPKP dari JIM Sarawak di sekitar bandar di Miri, semalam.

Sehubungan itu, JIM Sarawak menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan melanggar undang-undang imigresen.

Orang awam turut digesa agar menyalurkan maklumat berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha penguatkuasaan demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 132 individu ditahan dalam Op Tapis Narkotik di Sibu
Next: 18 motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.